Glitter Words

Saturday, July 19, 2008

salam semua,
lama betul tak update blog ni..cadang nak tepek gambar2 masa fiesta sukan PASTI ngan gambar masa kursus hari tu tapi belum ada kesempatan.

skrg ni sibuk pula ngan ihtifal lak..apa tu ihtifal? Ihtifal tu acara pertandingan bakat budak2 tadika seperti membaca sajak,berpidato,bercerita, azan dan hafazan dan bernasyid.Tiap2 petang skrg ni aku sibuk melatih anak2 muridku bernasyid dan berpidato.Pertandingan 3hb Ogos ni..harap2 ok ler.

Wednesday, July 2, 2008



happy birthday to me..happy birthday to me...happy birthday to me

hari ni masuk lah umur ku yang ke 37 thn..terasa cepat masa berlalu..dah tua rupanya aku.
Suami aku sudah semestinya org yang pertama memberikan ucapan..terima kasih jua buat sahabatku Norlailatul dan Fazie yang pagi2 dah sms aku..ingat gak korang kat kita yer...
Malam ni cadangnya nak celebrate..gi makan2 tapi anak2 baru je masuk kereta dah mula terlentok tidur. Akhirnya beli KFC tapau..yang makan cuma aku dan suaminya.
This year sambut birthday takde kek..ntah ler mcm takde mood pulak..semalam ingat nak buat kek nak bawak ke sekolah tapi kemalasan melanda.

Minggu ni minggu yang paling sibuk. Tadika aku nak adakan sukan tahunan di padang sekolah sek. 7 shah alam. Hari2 dok melatih murid2 berarak..berlatih acara sukan. Penat sungguh...baru aku tau betapa sukarnya nak handle budak2 tadika ni..perit tekak rasanya.
Lepas waktu sekolah pulak para guru bertungkus lumus pulak nak menyiapkan persiapan sukan.
petang lak aku sibuk ngan poco2..teringat sms my fren, kak ita..dia ingatkan aku marah kat dia sebab lama tak call..kalo tidak selalu gak kitorg berborak dalam telefon..sampai panas gagang telefon tu..tapi apa kan daya dek kesibukanku aku tak dapat berborak cam dulu.
Walau macamana pun aku suka kehidupanku kini..tak penat nak memikirkan masalah2 lain..hidupku lebih tenang. Alhamdulillah