Glitter Words

Thursday, December 24, 2009

Masjid Putra Putrajaya




Masa ni kitorg terserempak ngan Ustaz Nabil Astro Oasis tu..tgh shooting tuk program Jakim..apalagi aku selamba jelah ajak dia bergambar..nak harapkan cik abang aku..ehmmm...malu2 kucing..

Masjid Besi Putrajaya

7hb Dis baru-baru ni, lepas hantar naim untuk menghadiri temuduga sekolah agama di Puchung, kami terus menghala ke Putrajaya. Somi teringin nk melawat Masjid Besi. Ni antara gambar2 menarik..
Bagi sy Masjid Besi ni lawa, canggih tapi sy cukup seriau..maklum ler jenis gayat..tp bahaya untuk anak2 kecil..dikelilingi air..riso budak2 terjun je dalam air tu.


si bujang berposing



kat cni yang aku riso..budak2 ni pantang nampak air

gambar dr tingkat atas masjid

tempat wudhuk

ni dalam tandas...snap gak

Tahniah buat Anis Syafiah

Ni semasa Anis menerima hadiah bagi kategori pelajar cemerlang tahun 1 SRA Padang Jawa pada 19/11/09. Alhamdulillah Anis mendapat no 1 keseluruhan tahun 1. Semoga dia terus berjaya di masa akan datang. Aminn

Hari Penyampaian Hadiah Az-Zahrah 4

Ni gambar2 semasa hari penyampaian hadiah dan sijil pada 15/11/09 (Ahad)lalu yang bertempat di dewan MBSA Padang Jawa.

bersama jemaah guru Az-Zahrah 4


bersama jemaah pengurusan Az-Zahrah 4


harith menerima hadiah untuk subjek tertinggi Matematik


harith menerima sijil 6 tahun


aku dan yati


persembahan dikir rambong


bergambar dulu sebelum buat persembahan

Saturday, December 5, 2009

Hari Raya Aidilfitri

Suasana pada pagi hari raya Aidilfitri yg lalu. Kami sekeluarga sembahyang raya di Masjid Negeri Shah Alam..mak ooiii punye ler ramai umat manusia,terasa cam pegi kat Masjidil Haram lak..mcm2 bangsa ade..indon,bangla,pakistan mcm2 adaaaa..hehe
parking keta pun punye ler jauh...tp seronok, terasa kemeriahannye..


abah dan anak2..tahun ni bertemakan hijau

ibu dan anak dara lain tema....coklat

harith sampai tertido dalam masjid


suasana di masjid negeri di pagi raya

menapak ke masjid

Lawatan ke Zoo Negara & Desa Waterpark

Ni gambar2 masa Az-Zahrah 4 buat lawatan & rehlah ke Zoo Negara & Desa Waterpark pada 13/08/2009 bersamaan dgn hari Khamis..(dah lama peram sampai jadi pekasam)
Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dgn menaiki 2 bas persiaran. Sampai ke Zoo Negara dalam pukul 9 camtu...kul 1 pm lepas lunch nasi ayam, kitorang bertolak ke Desa Waterpark pulak. Seronok budak2 ni mandi..tak hingat nak balik, sampai kecut2 kulit dok berendam lama dlm air. Yang penting dorang enjoyyyyyy.





harith and the gang

muka2 kepenatan tapi ceria kalo nak bergambar


apa halnye ngan cekgu Safidah ni...sukanye diaaaa hehehe
Santan tidak berbau

Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan diperah terlebih banyak. Untuk memastikan
ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah
santan tidak berbau dan tahan lama

Jemput-Jemput Menjadi Lembut

Untuk yg inginkan jemput2 menjadi lebih lembut & enak, cuba masukkan air perahan limau nipis (buang bijinya) ke dlm adunan tersebut. Hasilnya pasti memuaskan anda.

Petua Mengurangkan Rambut Gugur

Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja.
Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut.
Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja).
Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.

Petua hilangkan karat pada kain

Ditulis oleh Farhana
Selasa, 17 Februari 2009


1. Rendam kain dalam air......

2. Sapukan pada kesan karat dengan kapur sireh

3. Kemudian gosok tempat karat yang telah disapukan dengan kapur sireh dengan limau nipis sehingga kesan mulai hilang.

4. Bilas kain dan keringkan.

selamat mencuba!