Glitter Words

Wednesday, August 10, 2011

Murid mati makan juadah berbuka

Murid mati makan juadah berbuka
Oleh Norrasyidah Arshad

2011/08/10
Enam turut alami muntah, cirit birit

MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama. Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati. Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang

p/s*baca je berita ni, terus takut nk beli kat bazar ramadhan..al fatihah untuk arwah
wahai para peniaga..jagalah kebersihan makanan, ingat..kita nak carik rezeki yg halal..nk cari rezeki yg berkat, jangan menjual benda yg basi kepada org, menggunakan barang2 ramuan yg sudah sampai tarikh luputnya

Tuesday, August 9, 2011

SMB Gathering

Pada 24hb Julai baru2 ini, satu perjumpaan rakan2 sekolah menengah Bangsar KL (84-88) telah diadakan di Tasik Taman Jaya, PJ pada pukul 9.00 pagi.

Kami bertemu kembali setelah menjejak kasih di laman Facebook hehe...ada bagusnya FB ni.

Memang seronok sgt bertemu kembali dgn rakan2 lama yg terputus hubungan hampir 23 thn. Masing2 dh berkeluarga, ada yg dah punya anak dara dan anak teruna..tak lama lg dpt menantu ler tu..aiii cepatnya masa berlalu..bila bertemu kembali rakan sekolah, terasa muda kembali hahaha...luv u all my frens

Inilah antara gambar2 kenangan semasa perjumpaan hari tu


aku, mizan, diana dah hasmah

berdiri dr kiri, harzani,hasmah,mizan,aku,diana,sham
duduk dr kiri, zamray,benny yap,husni,peter yam,wira (nigel dan kevin tiada dlm gambar..dtg lewat)


pot luck

SALAM RAMADHAN

assalamualaikum
lama sungguh tak update blog ni...mood takde langsung...sibuk dgn FB lak sekarang, tambahan dpt bertemu kembali dgn rakan2 sekolah dari sekolah rendah ke sekolah menengah.
di kesempatan ini, saya nk mengucapkan salam ramadhan, selamat berpuasa kepada semua rakan2 dan pengunjung blog saya ni. Selamat menjalani ibadah puasa..semoga kita dpt mempertingkatkan amalan kita sepanjang Ramadhan ini.