Glitter Words

Tuesday, April 29, 2008

Cikgu Liza ?? keh keh keh

pagi ni aku jd cikgu lagi gantikan salah sorang cikgu yg tak hadir.
mula2 antar budak2 ni pakai suar track ngan tshirt je..tetiba je kak azie panggil suh bertugas,terpaksa ler aku mintak kebenaran nk balik jap tukar baju.
apa ke hey nye pulak cikgu mengajar pakai baju mcm nk gi pasar wakakaka...tak glamer ler...
balik umah je terus je sambar baju yg tergantung...

ptg smlm aku bawak harith gi follow up..doktor chk lg urine dia...alhamdulillah urin dia normal tak kotor cam mula2 dia sakit..tp ubat dia (steroid) kena teruskan selama sebulan lg...parah camni...bkn apa...ubat yg dia makan tu buatkan dia berselera je nk makan..asyik lapar je naik riso aku..apa nak buat tu mmg side effect steroid tu.
muka harith pun dah nampak chubby.
tapi takpelah asalkan dia sihat cuma doktor pesan lps ni kalo dia demam..aku kena chk urin dia..smlm doktor bekalkan aku urin stick tu sebotol..dia ajarkan camne cara nk chk..
jadi cikgu boleh..jadi nurse pun boleh keh keh keh

Monday, April 28, 2008

Boy or girl?

nak share petua ni:
mcm2 petua nk dptkan gender anak yg kita nak...nak mencuba tak salah asalkan jgn bertentangan ngan syariat sudah ler.


petua utk mendapatkan anak lelaki :

1) ketika bersetubuh panjutan mani hendaklah dibuat sebelah kanan
isteri. setelah itu ketika tidur isteri mestilah dibaringkan ke kanan
iaitu tangan kiri sebelah atas.

2) kalau ikutkan petua cina, ada bulan2 untuk mendapatkan anak lelaki
@ perempuan. Ia bergantung kepada tarikh lahir isteri dan kitaran haid
pada bulan itu. Kau boleh dapatkan jadual itu mungkin di klinik
bersalin kepunyaan Dr Cina atau tempat2 feng sui.

Menurut sains pula;

1) Sebelum bersetubuh isteri mestilah membasuh alat kelamin dgn soda
bikorbanat yg boleh didapati di kedai atau pharmacy. Ini disebabkan
soda bikarbonat ber alkali. Benih lelaki (kromosom Y} lebih aktif
didlm situasi beralkali dan benih perempuan (kromosom X} lemah didalamnya.

2) Isteri hendaklah mengelakkan makanan yg berasam dan berasid seperti
jeruk, air limau @ orange dsb. Lebih baik mengambil makanan laut.

3) mungkin juga memakan makanan yg masin sedikit

4) jumpalah pakar sakit tuan utk kepastian

--------------------------------------------------------------------------------

Dr. Hamid Arshad's ovulation guide for baby's gender

Excerpts from Dr.Hamid Arshad's Q&A article:
Puan bolehlah membuat pengiraan dari tarikh puan datang haid. Contoh pengiraan adalah seperti dibawah, :-

KALENDER KESUBURAN BULANAN (cth;sekiranya haid Puan jatuh pd 1hb)

Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (10hari)
Hari Subur (Anak Lelaki): 11,12,13,14,15,16,17 (7 hari)
Hari Subur (anak P'puan): 18,19,19,20,21,22,23 (7 hari)
Hari Tidak Subur: 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)


Berdasarkan kalender diatas Puan bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid Puan bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak perempuan.

Sekiranya haid Puan jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya Puan mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras (bersama suami).

Walaupun masa haid Puan hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.

Jadi pada hari ke 11 hingga 17 (Puan di dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak L (lelaki) adalah cerah.

Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan. Untuk itu, saya sarankan agar Puan menggunakan masa (tarikh) ini sebaik mungkin untuk mendapatkan anak perempuan.

Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25(lagi seminggu nak period) puan akan rasa sakit2 badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda puan akan didatangai haid dalam masa seminggu dan masa Haid semula akan jatuh pada 30hb (selalunya akan tercepat atau selewat sehari)dari tarikh period terakhir.
ALL THE BEST & GOOD LUCK!! INSYALLAH

Org cina nk contohi pejuang Islam tp org Islam..??

dpt email baru2 ni..mari ler kita sama2 doa saudara Lim kita ni masuk Islam. Amin

Cerita menarik yang diperolehi dari sahabat2 di Kedah dan Penang

Baru-baru ini Lim Guan Eng (Ketua Menteri Penang) turun dan bertemu rakyat. Dalam ucapannya, dia kata dia nak jadi macam Khalifah Umar Abdul Aziz.

Seorang AJK Dewan Ulama' yang turut hadir berkata (dalam hati), "Paklong ni dia hanya pandai sebut Umar Abd Aziz. Dia bukan tau siapa dia Umar sebenarnya. Dia pakai sebut ja kot..."

Tak semena2, Guan Eng meneruskan ucapannya dan sepanjang ucapan itu dia hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abd Aziz. Umar tak ambil duit rakyat. Umar pulang balik peruntukan kerajaan kepada dia. Umar padam lampu kerajaan kerana anak dia datang nak tanya urusan peribadi dan berbagai2 lagi.

Dan Guan Eng kata, sejak sekian lama, Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Dan dia berazam nak jadi pemimpin macam Umar. "Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz."

Untuk pengetahuan, Guan Eng tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri dan dia tak ada rumah sendiri. Dia menumpang di rumah bapanya. Bila Mohd Sabu tanya kenapa tak duduk di rumah rasmi, dia kata, untuk masuk rumah tu, ia perlu di renovate. Kosnya sekitar RM 300,000.00. Saya tak rela duit rakyat dibazirkan untuk kediaman seorang ketua menteri....

Balik semula kpd kisah tadi... Dalam sessi soal jawab, ada seorang hadirin tanya:

Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islampun ramai yang tak tahu.... Guan Eng jawab, dulu semasa saya di penjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato' Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku2 berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh yang hebat ini.....

Bagaimana kita orang Islam?....

Dalam pertemuan yang lain, Mohd Sabu kata, "Awak boleh jadi macam Umar Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak masih belum Islam."

Guan Eng jawab, "Tunggu ayah saya meninggal dunia dulu...."

Kalau ikhlas lah niatnya, marilah kita ramai2 doakan supaya makbul niat & hajatnya. Ini akan memberi satu tamparan yg hebat pd Karpal Singh

Khasiat buah Kurma

Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Makanan dan Khasiatnya

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila emakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habbal sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus)yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang
paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan

Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.
Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Tips Amalan Pemakanan Sihat

Skrg ni senang dapat penyakit, tak payah tunggu tua, muda2 lagi dah boleh kena mcm2 penyakit kronik. Semoga amalan di bawah dpt memelihara kesihatan kita. Mencegah lebih baik dari merawat.

1.Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.

2.Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.

3.Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.

4.Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.

5.Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.

6.Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

7.Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi

8.Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.

9.Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

coretan malam tadi

assalamualaikum, morning
update blog dulu sblm gi beli sarapan keh keh keh

hari ni anis ngan harith cuti sekolah, smlm masa sukan pihak pengurusan PASTI umumkan esok (ari ni ler) cuti tuk seluruh Shah Alam tp pagi ni aku tgk ramai mak bapak yg tak tau, dorang dok antar gak anak2 dorang gi skolah lps tu patah balik..sian. Yelah cuti mengejut.

mlm tadi aku gi stadium melawati shah alam ada forum perdana
ahli panel terdiri dr:
Datuk Hassan Ali - Pengerusi
Ust.Roslan Muhamad
Ust.Ismail Kamus
Ust.Harun Din - lama tak dgr ust.harun din bg ceramah kat sgor ni..al maklum ler kerajaan dolu2 mengharamkan ust.harun masuk sgor, kalo masuk kena hukuman jenayah..apa daaaaaaa
kalo ada je ulamak tegor pasal kemungkaran yg dorang buat terus aje nk gam, suh letak jawatan, sib baik skrg sgor BA pegang..perintah larangan dah terhapus.Alhamdulillah

aku gi stadium lps isyak..sampai2 je bkn terus masuk, gi makan2 dulu..biasa ler byk stall kat ctu, mcm2 org jual..sambil dgr forum sambil bershopping hehehe.
lps tu terus masuk stadium, mula2 ingat nk lepak je kat luar sbb dorang ada pasang layar TV tp kwn somi sms bgtau dlm kosong lg so somi ajak masuk dlm.
tgh2 mencari tmpt duduk kosong ternampak cikgu Maimon kat seat atas...lambai2 tangan je lah..say hai hai bye bye keh keh keh.
tak lama kendian aku dpt sms dr kak midah..dia kata dia nampak aku, mgkn dia dok kat area cikgu maimon tu agaknye.
so kitorg teruskan pencarian carik tmpt duduk..dpt ler satu port mmg kosong ler tapi hampa ler..tak berapa dengar apa yg dorang citerkan..tak clear, harap gema je kuat.
yang aku frust bila time Ust.Ismail bg ceramah..dia kan suka buat lawak..
time dia buat lawak je bergegar stadium org dok gelak..aku ngan somi aku ternganga je..tak tau apa citer...jelesnya akuuuuuu...kitorg pun nk gelak jugak..uwaaaaaaaa
somi cadangkan tukar tmpt tp aku malas ler pulak..ngan ragam budak2 ni lagi...
so duduk je lah kat ctu.
kitorg kuar sblm forum abis sbb somi nk gi shopping wakakaka

Sunday, April 27, 2008

Gambar2 sekitar pesta sukan PASTI Shah Alam


cikgu Aziah ngan geng sorak ehhh para ibu2 pelajar sebenornye..semangat betul dorang ni termasuk aku kah kah kah



suasana perlawanan netball dan bolasepak




suasana dlm khemah...tgh berehat

Pertandingan Netball dan bolasepak PASTI Shah Alam

adoiiii penat sungguh rasa ari ni
pagi tadi dlm kol 10 pagi baru gi kat padang sek agama sek 3..mula pukul 8 tp biasa ler ari minggu memasing bangun lewat.
aku sampai je, AzZahrah 4 baru lepas satu game..
seronok dgr tadika anak aku menang netball 12-0 manakala bolasepak seri 1-1.
lps tu aku sempat tgk 3 games lg..terjerit terpekik aku kat padang bagi sokongan.
tak sia-sia kering tekak aku, akhirnya pasukan netball AzZahrah 4 jd juara mengalahkan AzZahrah 2, 7-0 menang kesemua perlawana,manakala bolasepak naib juara tewas pada PASTI sek 24 Ar Raudhah rasanye, 2-3 masa sepakan penalti.
Rasa seronok tgk dorang menang, yelah beberapa kali gak ler aku mengawasi dan mengikuti latihan dorang pepagi.
SYABAS PASTI AzZAHRAH 4.

lps dah tau keputusan tu kitorg balik..tak tunggu masa penyampaian hadiah..budak2 ni dah meragam, kepanasan.
sebelum balik singgah jap kat gerai sek 2 beli lauk siap, dah letih nak memasak.
Nak download gambar2 yg diambik tadi..nak tepek kat cni.

Kebesaran Allah

Sayangi Otak Anda

nak share info ni:

10 TABIAT YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN OTAK*

*1. Tidak mengambil sarapan pagi*
*- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah
akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada
otak dan menjadikannya kurang aktif. *

*2. Terlebih makan*
*- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental
otak.*

*3. Perokok*
*- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan
boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.*

*4. Penggunaan gula yang berlebihan*
*- Pengambilan gula secara berlebihan akan meng ganggu penyerapan protein
dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan meng ganggu perkembangan otak yang
sihat.*

*5. Pencemaran udara*
*- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran
udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan
otak. *

*6. Terlebih tidur*
*- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang
boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.*

*7. Menutup muka ketika tidur*
*- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak
karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada
otak. *

*8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
*- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan
juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.*

*9. Kurang berimiginasi*
*- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya
berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun. *

*10. Jarang berfikir*
*- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,
perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.*

Saturday, April 26, 2008

ari ni buat apa?

hari ni dari pagi sampai ke malam aku asyik mengodek blog ni, mak budak baru belajar ler katakan, semua benda aku nak masukkan..last2 jadi ler camni..yg jadi masalahnye aku nk delete music video yg mula2 aku letak tp tak reti ler pulak...
esok pagi nak gi tgk pertandingan bola sepak dan netball antara tadika2 PASTI kat sek. agama sek.3, anak2 aku tak terlibat tp memandangkan somi aku salah sorang Ajk JIBG tadika..kena ler tunjuk muka bagi sokongan.

akhirnya berjaya jugak aku delete music video tu....tu pun terjumpa secara tak sengaja keh keh keh

Thursday, April 17, 2008

baru cuba buat buat blog sendiri ni...testing testing