Glitter Words

Wednesday, June 25, 2008

salam

dah lama tak menjengah blogku ini.
Awal pagi khamis lepas mak aku telah dimasukkan ke hospital klang akibat tiada gula dalam badan.
Aku mendapat call dari adikku pada pukul 2.04 pagi, hatiku cemas melihat nama adikku tertera pada skrin hp..aku dah agak ini mesti pasal mak.Adik bgtau mak tak sihat..mak dah macam org kena strok.Takotnya aku...menangis aku dibuatnya..macam2 yang aku fikir. Pukul 8 pagi suami gi jenguk mak di hospital.Pagi tu aku terima sms dari suami mengatakan keadaan mak OK tapi aku cam tak percaya kot2 suamiku nak sedapkan hati aku je..terus aku call dia. Alhamdulillah mmg betul..sempat aku bercakap ngan mak sambil menangis2..dalam pada tu sempat aku leter kat mak lagi.."tu lah mak..pantang sgt makan sampai dah takde gula dalam badan tu."
Mak dikesan menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis awal tahun ni..sejak sakit mak kurang berselera makan dah tu berpantang sgt..takot nak makan itu ini.
Malam kelmarin aku menjaga mak di hospital, sebelum ni adik jaga 2 malam, lepas tu anakku si naim lak menjaga neneknya..malam tadi adik angkatku take over. Risau nak tinggalkan mak sendirian..sbb tekanan darah mak tak stabil..kejap naik kejap turun..kalo naik sampai 200/100. Mak mmg dah rungsing lama2 kat hospital..asyik baring je..jalan pun kalo nak ke toilet sbb doktor tak bagi mak jalan2.
Alhamdulillah pagi ni aku dengar cerita dari adik angkatku mengatakan mak dah boleh keluar hari ni..seronok ler mak. BP mak tadi 160/90..gula 10.1..ikot kan BP yg ok 130/80, gula dlm 6. Kata nurse..sepanjang hayat mak kena bergantung dgn ubat2an.
Insyaallah lps ni aku nak bawak mak gi buat terapi, cuba pulak rawatan alternatif.
Semoga mak sembuh sepenuhnya. Aminn

Tuesday, June 17, 2008

salam,
bz betul sejak bukak sekolah ni..nak update blog dan chk email pun takde masa.
malam ni baru berkesempatan. Email beratus-ratus dalam inbox..jenuh nak clearkan.
Hari ahad lepas aku turut serta menyaksikan kejohanan bolasepak/bolajaring PASTI peringkat kawasan negeri Selangor.PASTI AzZahrah mewakili bolajaring kawasan Shah Alam manakala bolasepak diwakili PASTI AzZahrah dan ArRaudhah.
Bangga betul aku bila bolajaring Shah Alam jadi juara manakala bolasepak setakat suku akhir saja tapi pencapaian yang bagus juga. So jadinya Shah Alam dan Ulu langat (naib juara) akan mewakili untuk peringkat negeri di kelantan 27hb june ni di Kelantan.
Dalam minggu ni sibuk sket budak2 tadika ni nak buat sukan tahunan. Jangka minggu depan nak buat tapi disebabkan jadual bertindih dengan kejohanan bolasepak/bolajaring peringkat negeri maka ditangguhkan ke minggu yang lagi satu.
Petang pula dah mula balik aktiviti poco2 ku. Minggu ni tiap2 petang ada latihan...best gak..lepas ni kitorg ramai2 nak berpoco-poco di dewan MBSA,baru gempak..hehehe

Monday, June 9, 2008

back to school

hari bermulalah episod paling malas anak2 ku..iaitu bangun pagi.
Naim ok lah..dia dah besar..lgpun mmg tiap2 pagi aku kejutkan dia suh solat subuh, yang jadi masalahnya si anis dan harith..masing2 payah nak bangun..mengantuk lah..nak tido lagi ler, dah ler masuk kelas kol 7.30 pagi.
Nasib baik hari ni aku tak dipanggil untuk mengajar..kalo tak lagi haru biru dengan suara aku yang terpekik-pekik suruh dorang cepat hehehe
Sampai depan gate sekolah, ternampak ada notis pemberitahuan menyatakan mulai hari ini dorang balik pukul 11.30 pulak..awal setengah jam, nak seragamkan dengan tadika sebelah.
Hari ni baru bayar yuran bln ni sekali dengan duit tshirt sukan...dah lega satu hal..ni ada lagi satu bil tak bayar lagi..bil telekom..rupanya bulan lepas punya tak bayar lagi..tgk2 tertunggak...kena bayar RM200 ++..camne boleh termiss..yang tukang bayarnya aku..bil hilang kot..maklum ler dok apartment ni...kdg2 surat2 ni berterabur je kat bawah..yg aku punya masuk tempat lain..yang org lain punya masuk tempat aku...ikot suka hati si posmen tu je..

8hb june (ahad)

hari ni dari pagi sampai ke petang suasana mendung je...
aku dan suamiku buat aktiviti mengemas dan menghumban barang hehehe
aku dok mengemas dapur, sementara my hubby mengemas bilik anak2...dia dok bertukang meng'adjust' katil anak bujangku..
cadang petang nak gi kompleks pkns tapi dah malas tambahan cuaca mendung jadi mood nak berjalan pun takde.
malam kitorg gi dinner kat pizza hut..aku belanja
kitorg order sensasi delight set 9 for 4 person..3 personal pizza dan 1 pasta.
total semua tak sampai RM40..ok lah tu...biasa kalo kitorg makan slalunya hampir cecah RM50.

Sunday, June 8, 2008

Memilih makanan bebas daripada bahan perasa

(sumber : Mingguan Wanita)

BUAH DAN SAYURAN
*Buah dan sayuran segar biasanya bebas bahan perasa. Namun begitu, jangan lupa untuk mencucinya dengan bersih. Sayuran dan buah yang diberi wax atau lapisan lilin agar berkilat biasanya mengandungi bahan perasa.

DAGING
*Daging yang dipotong di pasaraya biasanya bebas daripada dicampur bahan perasa. Tetapi hati-hati dengan daging olahan atau daging yang telah diproses sebelum tiba di kedai. Daging beku pun jarang yang bebas bahan perasa.

AYAM
*Pilihlah ayam yang masih segar dan belum diproses. Daging ayam import yang beku kebanyakan telah disuntik dengan Hydrolized protein (nama lain bahan perasa) untuk pengawetan dan tahan lama. Daging ayam olahan yang dipek dalam kotak dan diberi rencah biasanya mengandungi bahan perasa.

PRODUK BAKERI
*Beberapa produk bakeri seperti roti, kuih dan muffins mengandungi Autolyzed yeast, Yeast extract dan beberapa nama ‘tersembunyi’ bahan perasa lainnya. Begitu pula dengan roti atau kuih dengan inti buah.

IKAN
*Sama seperti daging dan ayam, pilihlah ikan yang segar. Ikan dalam tin, ikan olahan atau yang telah diawetkan biasanya mengandungi Hydrolized protein.

KEJU DAN SUSU
*Keju dan susu dapat menjadi ‘ladang subur’ bagi bahan perasa. Periksa label untuk mencari produk yang paling selamat atau relative lebih sedikit mengandungi bahan perasa.

Tip menyimpan bahan makanan dalam peti sejuk

(sumber : Mingguan Wanita)

Pisahkan tempat dalam peti sejuk untuk daging (termasuk ikan,sayur), makanan yang di masak, buah-buahan dan sayuran.

*Letakkan daging yang akan dimask di dalam chiller (laci di bawah tempat beku),sebaliknya jika belum mahu digunakan, sebaiknya dibekukan dalam freezer dalam bekas khas.

*Simpan makanan yang dimasak dalam bekas kedap udara dan kedap cairan agar rasa makanan tetap terjaga dan tidak bercampur baunya dengan makanan lain. Pastikan ketika dimasukkan ke dalam peti sejuk, makanan sudah sejuk kerana makanan yang masih panas boleh mengurangi daya kerja peti sejuk.

*Untuk sayuran dan buah-buahan, cuci bersih, toskan dan simpan dalam bekas khas agar tetap segar dan tidak cepat layu atau busuk.

AGAR PETI SEJUK BERAROMA SEGAR, RAPI DAN BERKESAN.

*Pisahkan bahan makanan yang akan disimpan dan letakkan dalam bekas khas untuk menyimpan makanan.

*Untuk freezer, gunakan bekas khas yang tahan pada suhu di bawah °C agar bekas tidak mudah pecah atau retak.

*Bersihkan peti sejuk seminggu sekali. Campurkan soda kuih dengan air, sapukan dengan kain lap yang lembut ke bahagian dalam peti sejuk dan keringkan dengan kain lap kering.

*Gunakan bekas dengan ukuran modular atau ukurannya menempatkan bekas lain untuk menjimatkan ruang dan menjadikan penyimpan lebih berkesan.

*Pilih bentuk dan ukuran bekas yang sesuai dengan keperluan dan ukuran peti sejuk anda.

Saturday, June 7, 2008

PETUA DAPUR (3)

MENAJAMKAN GUNTING
Gunting adalah satu alat yang penting digunakan dirumah. Jika agak lama tidak diasah, ia akan tumpul dan kurang berkesan digunakan. Selain itu, masih ada cara lain untuk mengembalikan ketajaman gunting anda. Caranya, dengan , menggunting serumpun daun buluh atau daun serai berulang kali. Lakukan selalu, insyaallah gunting akan tajam semula

ELAK RASA PAHIT PUCUK MENGKUDU
Untuk menghilangkan rasa pahit, cubalah petua ini. Pucuk dan putik mengkudu dicuci kemudian direbus. Ketika hampir empuk, masukkan air perahan asam jawa. Setelah empuk, angkat dan tos. Nescaya rasa pahit tiada lagi.

SUP TULANG ATAU DAGING CEPAT EMPUK
Rebus tulang seperti biasa sehingga mendidih. Masukkan beberapa ketul kecil gula batu (untuk 1kg tulang, masukkan 4-5 ketul kecil gula batu). Insyaallah, anda akan dapati daging menjadi lembut dan sedap.

PATI SANTAN LEBIH BANYAK
Untuk mendapatkan santan yang pekat, mesin kelapa yang telah diparut dengan sedikit air suam. Kemudian perah kelapa tadi dan lihat hasilnya. Santan lebih pekat dan sedap.

ELAKKAN IKAN MELEKAT DI KUALI
Ambil beberapa keping asam keeping dan masukkan ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Ikan akan lebih mudah diangkat dan tidak hancur.

MENGHILANGKAN BAU HANYIR DAGING
Selepas membersihkan daging, gaulkan daging dengan tepung gandum dan garam selama 15 minit. Bau hanyir daging akan hilang.

MELAZATKAN IKAN BEKU
Ikan yang disimpan lama dalam peti sejuk akan rasa lebih tawar dan kelihatan tidak segar. Oleh itu, rendamkan ikan di dalam susu segar selama 15 minit. Kemudian, anda boleh memasak ikan mengikut selera dan anda akan dapati ikan berasa lebih enak.

PISANG GORENG LEBIH GARING
Masukkan sedikit tepung kastard yang dicampurkan ke dalam tepung gandum. Apabila kedua-duanya sudah dibancuh sebati, masukkan pisang dan goreng seperti biasa.

HINDARI BAU KULIT UDANG
Siramkan kulit udang yang telah dikupas dengan air panas. Bungkus dan masukkan ke dalam plastic sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Cara ini juga untuk menghindari kehadiran lalat.

TANDA-TANDA ATAU GEJALA DENGGI

1. Demam Denggi Klasikal
Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pengidap tersebut. Pada bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. bagi orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke3-4. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati.

Penemuan makmal: Jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

2. Demam Denggi Berdarah
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah.

Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2-4cm di bawah tulang rusuk kanan.

Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai 'Dengue Shock Syndrome'(DSS).

Penemuan makmal: Thrombositopenia yang disertai dengan hemokonsentrasi yang ditunjukkan oleh peningkatan nilai hematokrit


RAWATAN

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.

1. Rawatan Demam Denggi Klasikal
Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu:

a. mengurangkan demam(suhu badan)

b. mengelakkan dari perdarahan berlaku

2. Rawatan Demam Denggi Berdarah
a. Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.

b. Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.

c. Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke3 hingga hari ke7.

d. Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma.

APA ITU PENYAKIT DENGGI?

Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.

Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.

Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.

Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.


JENIS-JENIS PENYAKIT DENGGI

Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:

a. Demam denggi klasikal.

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'.

b. Demam denggi berdarah.

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.

byknya kes denggi berdarah

tadi ayah aku singgah rumah nak mengambil cucu2.
Dalam pada tu aku bertanyakan tentang arwah kak leha. Rupanya kak leha meninggal sebab denggi berdarah..isshh takotnya aku dengar. Kabarnya masa arwah suaminya meninggal dia dah sakit tapi mungkin masa tu arwah kak leha byk urusan yang perlu dilakukan selepas kematian suami jadi dia tak pegi hospital..baru2 ni saje arwah chk hospital selepas pening sangat..gi hospital terus kena tahan..masuk hari ke tiga dia meninggal...sedihnya.
Menurut ayahku..area seksyen 17 shah alam dah beberapa org meninggal disebabkan denggi berdarah.No wonder lah..Selangor antara negeri yang tertinggi melibatkan kes denggi.
Kat area umah aku ni pun ada gak kes denggi tapi yang meninggal tak tau ler aku...ni dah beberapa hari pihak berkuasa tak buat semburan...kalo ada kes hari2 datang menyembur.

Friday, June 6, 2008

PETUA DAPUR (2)

*Kelapa parut tidak berbau*
Kelapa yang telah diparut mudah berbau jika disimpan terlalu lama, Untuk mengelakkan kelapa yang disimpan berbau, campurkan sedikit garam halus dan gaul rata. Kemudian, simpan di dalam peti sejuk. Keesokan harinya, bolehlah digunakan dalam masakan anda seperti biasa.

*Elak gatal makanan laut*
Ramai yang menggemari makanan laut tetapi sering kali merasa gatal-gatal selepas memakannya. Amalkan petua ini bagi mengelakkan daripada terkena alahan makanan laut. Rebus terlebih dahulu makanan laut yang hendak dimakan sebelum dimasukkan ke dalam masakan.

*Atasi masalah lalat*
Untuk mengatasi masalah lalat yang terlalu banyak, ambil lebih kurang 10 kuntum bunga cengkih dan rendam di dalam cawan. Letakkan cawan tadi di tempat yang sering dihurung lalat. Insyallah tiada lalat lagi berterbangan sana sini atau menghurung makanan.

*Ikan goreng lebih enak*
Setelah ikan dicuci bersih, letakkan garam dan kunyit. Kemudian, tambahkan sedikit serbuk kari, serbuk perencah sup atau serbuk rempah kurma mengikut citarasa masing-masing. Untuk mendapatkan ikan goreng yang lebih garing, bolehlah ditambahkan sedikit tepung jagung. Gaul rata bahan tersebut sebelum menggoreng ikan. Ikan goreng anda akan lebih enak dan garing serta mempunyai aroma yang wangi

*Sayur bendi tidak berlendir*
Sayur bendi sedap dimakan sama ada digoreng atau dimasak gulai. Namun, sayur bendi lebih mudah berlendir terutamanya apabila digoreng. Untuk menghilangkan lender, masukkan sesudu kecil cuka makan di dalam masakan bendi tadi. Insyaallah bendi tadi tidak akan berlendir dan masakan lebih enak dimakan.

*Menghilangkan lendir pada ubi keladi*
Caranya, kupas ubi keladi dan potong mengikut keperluan masakan. Sediakan bekas yang berisi air yang telah dicampurkan satu sudu teh kapur sirih. Masukkan ubi keladi berkenaan dan basuhlah sehingga lendir-lendir berkurangan. Toskan dan bilas dengan air bersih.

*Menanggalkan kerak periuk*
Caranya, rebus kulit kentan di dalam bekas yang mengandungi kerak tersebut selama beberapa minit. Setelah air panas, kerak tersebut akan tanggal dengan sendirinya.

*Cara mudah kopek kerang*
Caranya, masukkan kerang ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokan harinya, kulit kerang akan terbuka sendiri dan ini lebih mudah kita mengeluarkan isinya.

PETUA DAPUR (1)

(sumber : koleksi dari Mingguan Wanita)

*Elak mata berair kerana bawang*
Rendam bawang dalam bekas berisi air.Anda boleh mengupas terus bawang yg direndam tadi. Ada satu cara lagi,anda boleh simpan bawang yang hendak digunakan untuk esok hari dalam peti sejuk tanpa mengupas kulitnya. Keesokan hari anda boleh mengupas kulit bawang tersebut. Kini mata anda tidak akan berasa pedih dan berair.

*Limau nipis segarkan tauge*
Umum mengetahui bahawa sayur tauge tidak tahan lama tuntuk disimpan. Namun jika anda menyimpan lebihan tauge yang tidak habis digunakan, bolehlah mengikut petua ini. Caranya, masukkan tauge tersebut ke dalam bekas berisi air kemudian, perahkan limau nipis ke dalam bekas tauge tersebut. Gaulkan sebati dan sayur tauge anda akan lebih tahan lama dari sebelumnya. Insyaallah.

*Tauge tidak rosak dan lembik*
Untuk mengelakkan tauge daripada cepat lembik dan busuk,mudah sahaja. Cuba petua ini. Masukkan tauge ke dalam bekas yang berisi air. Campurkan sedikit garam ke dalam air tadi.
Insyaallah, tauge akak tahan lebih lama

*Melembutkan dan Meringankan Kek*
Ambil tepung gandum yang hendak digunakan untuk membuat kek. Jemur di bawah sinaran matahari sebelum boleh digunakan dalam masakan. Insyaallah, kek yang anda uli akan menjadi lembut dan ringan.

*Melembutkan Donat*
Kuih donat yang kita buat biasanya agak keras terutamannya setelah sejuk. Untuk mengelakkan donat menjadi keras, campurkan dua atau tiga biji ubi kentang yang telah direbus dan dilenyek terlebih dahulu ke dalam bancuhan tepung donat. Insyaallah, donat anda akan menjadi lembut dan lebih sedap rasanya walaupun sejuk.

*Cara mudah merebus kacang hijau*
Masukkan kacang hijau kedalam periuk dan biarkan ia sehingga mendidih. Kemudian masukkan dua hingga tiga sudu minyak masak ke dalam rebusan kacang hijau. Insyaallah, kacang tersebut pasti mudah untuk dimasak

*Guna esen vanila wangikan peti sejuk*
Bagi yang menghadapi masalah peti sejuk berbau pula, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mencuci peti sejuk terlebih dahulu. Kemudian ambil sehelai tuala bersih yang dibasahkan sedikit. Kemudian, tuang sedikit esen vanila atau esen ros pada kain tersebut. Sapukan bahagian dalam peti sejuk. Tutup peti sejuk selama 30 minit sebelum menyimpan kembali bahan makanan di dalam peti sejuk.

Rahsia Tauge

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.


Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

Thursday, June 5, 2008

Duhai Pak Lah..dengarlah rintihan rakyat

copy paste from my email...lawak betul..tp dlm lawak ada kebenarannya

HIDUP BN!! HIDUP PAK LAH!! HIDUP KJ!! HIDUP ZAID IBRAHIM!! HIDUP SHAHRIR!! HIDUP UMNO!!

Kami menyokong kepimpinan Pak Lah dan buktinya rakyat memberi pulangan yang besar mulai hari ini dengan menambahkan lagi 78 sen harga minyak menjadi RM 2.70 se liter. Kalau boleh, cukupkanlah RM 3.00 se liter, senang kira. Kami sayaanngg Pak Lah. I Love You lah Pak Lah. Kalau ada apa- apa barang lain yang nak naik, naikkanlah, kami menyokong penuh. Pak lah tak salah dalam ini wayang gambar…! Ahmad Nisfu yang punya salahhh..!!!

Minyak naik..! Letrik naik..! Gas nak naik..! Beras naik..! Tepung Naik..! Inflasi akan naik..! Belanja harian naik..! Gaji tak naik..darah naikk..!

Nilai duit turun..! Ekonomi turun..! Taraf hidup turun..! Semangat turun..! Prestasi turun..!

Minyak yang tak naik :- Minyak Gamat, minyak lintah, minyak urut, minyak geliga, minyak dagu, minyak cenduai, minyak bulus dan taik minyak hang…..

Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 18 tahun - sejak 1990)

zaman Mahathir
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)
zaman Pak Lah
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)

28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)


Nota :
(Skrip dulu-dulu)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.

2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan

3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.

4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.

(Skrip sekarang dan akan datang)
1. Rakyat mestilah mengamalkan hidup jimat cermat. (Kecuali pemerintah…pulun sakan selagi ada)
2. Kita akan memastikan harga bahan api antara yg terendah dirantau ini berbanding Singapura dan Thailand.(Kita oil producer, depa bukan oil producer. Lagipun kita bersepah dengan tol berbanding dengan Negara tu)

3. Bila kita susah, kenalah sama-sama susah, bila masa senang, 'kita saling membantu'. ( Bila senang... semua kau sapu dulu)
4. Penjimatan subsidi RM13.7 billion 'dipulangkan balik pada rakyat'. (Kepala hangguk dia..)
5. Langkah ini adalah 'situasi menang-menang'. (memang pun menang dan menang! 2 kali, pemerintah jugak yang menang..kita dok kalah sokmo).

Inalillah

tadi baru je mak aku telefon bgtau tentang pemergian kak leha (stokis HPA) telah kembali ke rahmatullah.
yang paling sayu lagi..suaminya baru saja meninggal dunia dlm 10 hari lepas.
ini lah dia yg dikatakan cinta sehidup semati.
bila dengar org meninggal ni..baru ler timbul rasa insaf..terfikir bila masa kita pula..cukupkah amalan kita selama ini..terampunkan dosa2 kita..dalam satu hari brapa bykkah dosa kita..dosa mulut,lidah, mata, telinga dan lain2 anggota kita...
tergolongkah kita dlm golongan ahli2 syurga...?


Al-FATIHAH UNTUK KAK LEHA DAN SUAMI..SEMOGA ROH MEREKA DITEMPATKAN DALAM GOLONGAN ORG2 YG DIREDHAI..AMIN

Minyak Naik...semua naik...darah pun naik

salammmmm

tak tau ler nk cakap apa...rungsing dgr minyak naik...nanti barang keperluan lain turut mendadak naik..
malam tadi somi bgtau kat stesen minyak penuh sesak ngan keta..memasing nk isi minyak sebelum rega naik..
sian ngan nasib2 org yg berpendapatan rendah/sederhana..termasuk aku sekeluarga ler..
pagi tadi somi sms suh berjimat cermat dlm penggunaan duit..letrik..air dan sebagainya..sian somi aku..dia sorang yang menanggung perbelanjaan keluarga, tentu lagi kuat bebanan yg dia rasa.

Tuesday, June 3, 2008

Menu pagi ni


tadaaaaaaa!!!
ni ler sarapan aku pagi ni...mood rajin ada mari hehehe
lontong ni mmg peberet aku. Anak2 aku pun gemar terutama sekali harith.
ramuan ku kurang lengkap sbb fucuk tak masuk..lupa nak beli semalam.
aku mmg tak penah miss letak fucuk ni kecuali hari ni...

tengah hari nanti nak gi hospital SALAM bawak harith, ada appointment..actually appointment dia minggu lepas..tertangguh sampai hari ni

Monday, June 2, 2008

1hb June

Awal pagi sebelum subuh perutku memulas2..terus bangun ke bilik air..
tak lama lepas tu harith lak terjaga, dia cakap dia sakit perut sangat..so aku sapukan minyak angin..tido dia pun tak lena..
aku lak masuk tandas kali kedua..adoiii memulas rasanye..dah buang kali ke2 ni rasa lega sket perut..
tak lama lps tu naim lak masuk tandas...lps tu menyusul harith...
pagi tu 2-3 kali kitorg 3 beranak ni masuk tandas.
SAH!!! kitorg kena food poisoning..dah aku syak ianya berpunca dari kuah roti canai yg kitorga makan sebelum tu.
sebelum tu aku dah rasa lain macam je rasa kuah tu tp bedal gak..
anis ngan somi aku bernasib baik sbb dorang tak makan.

tgh hari lak nak gi kenduri kawen kat Pantai Dalam..riso gak perut buat hal nnati..kang kelam kabut nak carik tandas..tapi syukur alhamdulillah kitorg 3 beranak ok.

balik dr kenduri tu..terus gi Selayang ziarah pakcik dan makcik somi yg tak berapa sihat..sian makcu somi aku..langsung tak ingat apa2 lagi..kitorg pun dia tak kenal lagi..lain yg ditanya lain yg dijawab.
tu nasib dia..kita sok dah tua tak tau ler camne...