Glitter Words

Friday, June 6, 2008

PETUA DAPUR (1)

(sumber : koleksi dari Mingguan Wanita)

*Elak mata berair kerana bawang*
Rendam bawang dalam bekas berisi air.Anda boleh mengupas terus bawang yg direndam tadi. Ada satu cara lagi,anda boleh simpan bawang yang hendak digunakan untuk esok hari dalam peti sejuk tanpa mengupas kulitnya. Keesokan hari anda boleh mengupas kulit bawang tersebut. Kini mata anda tidak akan berasa pedih dan berair.

*Limau nipis segarkan tauge*
Umum mengetahui bahawa sayur tauge tidak tahan lama tuntuk disimpan. Namun jika anda menyimpan lebihan tauge yang tidak habis digunakan, bolehlah mengikut petua ini. Caranya, masukkan tauge tersebut ke dalam bekas berisi air kemudian, perahkan limau nipis ke dalam bekas tauge tersebut. Gaulkan sebati dan sayur tauge anda akan lebih tahan lama dari sebelumnya. Insyaallah.

*Tauge tidak rosak dan lembik*
Untuk mengelakkan tauge daripada cepat lembik dan busuk,mudah sahaja. Cuba petua ini. Masukkan tauge ke dalam bekas yang berisi air. Campurkan sedikit garam ke dalam air tadi.
Insyaallah, tauge akak tahan lebih lama

*Melembutkan dan Meringankan Kek*
Ambil tepung gandum yang hendak digunakan untuk membuat kek. Jemur di bawah sinaran matahari sebelum boleh digunakan dalam masakan. Insyaallah, kek yang anda uli akan menjadi lembut dan ringan.

*Melembutkan Donat*
Kuih donat yang kita buat biasanya agak keras terutamannya setelah sejuk. Untuk mengelakkan donat menjadi keras, campurkan dua atau tiga biji ubi kentang yang telah direbus dan dilenyek terlebih dahulu ke dalam bancuhan tepung donat. Insyaallah, donat anda akan menjadi lembut dan lebih sedap rasanya walaupun sejuk.

*Cara mudah merebus kacang hijau*
Masukkan kacang hijau kedalam periuk dan biarkan ia sehingga mendidih. Kemudian masukkan dua hingga tiga sudu minyak masak ke dalam rebusan kacang hijau. Insyaallah, kacang tersebut pasti mudah untuk dimasak

*Guna esen vanila wangikan peti sejuk*
Bagi yang menghadapi masalah peti sejuk berbau pula, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mencuci peti sejuk terlebih dahulu. Kemudian ambil sehelai tuala bersih yang dibasahkan sedikit. Kemudian, tuang sedikit esen vanila atau esen ros pada kain tersebut. Sapukan bahagian dalam peti sejuk. Tutup peti sejuk selama 30 minit sebelum menyimpan kembali bahan makanan di dalam peti sejuk.

No comments: