Glitter Words

Saturday, June 7, 2008

PETUA DAPUR (3)

MENAJAMKAN GUNTING
Gunting adalah satu alat yang penting digunakan dirumah. Jika agak lama tidak diasah, ia akan tumpul dan kurang berkesan digunakan. Selain itu, masih ada cara lain untuk mengembalikan ketajaman gunting anda. Caranya, dengan , menggunting serumpun daun buluh atau daun serai berulang kali. Lakukan selalu, insyaallah gunting akan tajam semula

ELAK RASA PAHIT PUCUK MENGKUDU
Untuk menghilangkan rasa pahit, cubalah petua ini. Pucuk dan putik mengkudu dicuci kemudian direbus. Ketika hampir empuk, masukkan air perahan asam jawa. Setelah empuk, angkat dan tos. Nescaya rasa pahit tiada lagi.

SUP TULANG ATAU DAGING CEPAT EMPUK
Rebus tulang seperti biasa sehingga mendidih. Masukkan beberapa ketul kecil gula batu (untuk 1kg tulang, masukkan 4-5 ketul kecil gula batu). Insyaallah, anda akan dapati daging menjadi lembut dan sedap.

PATI SANTAN LEBIH BANYAK
Untuk mendapatkan santan yang pekat, mesin kelapa yang telah diparut dengan sedikit air suam. Kemudian perah kelapa tadi dan lihat hasilnya. Santan lebih pekat dan sedap.

ELAKKAN IKAN MELEKAT DI KUALI
Ambil beberapa keping asam keeping dan masukkan ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Ikan akan lebih mudah diangkat dan tidak hancur.

MENGHILANGKAN BAU HANYIR DAGING
Selepas membersihkan daging, gaulkan daging dengan tepung gandum dan garam selama 15 minit. Bau hanyir daging akan hilang.

MELAZATKAN IKAN BEKU
Ikan yang disimpan lama dalam peti sejuk akan rasa lebih tawar dan kelihatan tidak segar. Oleh itu, rendamkan ikan di dalam susu segar selama 15 minit. Kemudian, anda boleh memasak ikan mengikut selera dan anda akan dapati ikan berasa lebih enak.

PISANG GORENG LEBIH GARING
Masukkan sedikit tepung kastard yang dicampurkan ke dalam tepung gandum. Apabila kedua-duanya sudah dibancuh sebati, masukkan pisang dan goreng seperti biasa.

HINDARI BAU KULIT UDANG
Siramkan kulit udang yang telah dikupas dengan air panas. Bungkus dan masukkan ke dalam plastic sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Cara ini juga untuk menghindari kehadiran lalat.

No comments: