*Kelapa parut tidak berbau*
Kelapa yang telah diparut mudah berbau jika disimpan terlalu lama, Untuk mengelakkan kelapa yang disimpan berbau, campurkan sedikit garam halus dan gaul rata. Kemudian, simpan di dalam peti sejuk. Keesokan harinya, bolehlah digunakan dalam masakan anda seperti biasa.
*Elak gatal makanan laut*
Ramai yang menggemari makanan laut tetapi sering kali merasa gatal-gatal selepas memakannya. Amalkan petua ini bagi mengelakkan daripada terkena alahan makanan laut. Rebus terlebih dahulu makanan laut yang hendak dimakan sebelum dimasukkan ke dalam masakan.
*Atasi masalah lalat*
Untuk mengatasi masalah lalat yang terlalu banyak, ambil lebih kurang 10 kuntum bunga cengkih dan rendam di dalam cawan. Letakkan cawan tadi di tempat yang sering dihurung lalat. Insyallah tiada lalat lagi berterbangan sana sini atau menghurung makanan.
*Ikan goreng lebih enak*
Setelah ikan dicuci bersih, letakkan garam dan kunyit. Kemudian, tambahkan sedikit serbuk kari, serbuk perencah sup atau serbuk rempah kurma mengikut citarasa masing-masing. Untuk mendapatkan ikan goreng yang lebih garing, bolehlah ditambahkan sedikit tepung jagung. Gaul rata bahan tersebut sebelum menggoreng ikan. Ikan goreng anda akan lebih enak dan garing serta mempunyai aroma yang wangi
*Sayur bendi tidak berlendir*
Sayur bendi sedap dimakan sama ada digoreng atau dimasak gulai. Namun, sayur bendi lebih mudah berlendir terutamanya apabila digoreng. Untuk menghilangkan lender, masukkan sesudu kecil cuka makan di dalam masakan bendi tadi. Insyaallah bendi tadi tidak akan berlendir dan masakan lebih enak dimakan.
*Menghilangkan lendir pada ubi keladi*
Caranya, kupas ubi keladi dan potong mengikut keperluan masakan. Sediakan bekas yang berisi air yang telah dicampurkan satu sudu teh kapur sirih. Masukkan ubi keladi berkenaan dan basuhlah sehingga lendir-lendir berkurangan. Toskan dan bilas dengan air bersih.
*Menanggalkan kerak periuk*
Caranya, rebus kulit kentan di dalam bekas yang mengandungi kerak tersebut selama beberapa minit. Setelah air panas, kerak tersebut akan tanggal dengan sendirinya.
*Cara mudah kopek kerang*
Caranya, masukkan kerang ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokan harinya, kulit kerang akan terbuka sendiri dan ini lebih mudah kita mengeluarkan isinya.
No comments:
Post a Comment