Glitter Words

Saturday, March 27, 2010

Fw: poco-poco yg tersirat.....

Wallahu'alam...dpt email dari kawan..aku pun dulu asyik masyuk juga berpoco poco ni tp bila dah baca ni,baru terpikir balik mgkn ade kebenarannye..renung-renungkanlah,timbang-timbangkanlah.

Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda
tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat (masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis
tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada
sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar.
Mari sama-sama baca emel ini


"Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.
Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2
yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan
badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.
Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu, cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?
dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoal an itu semua.

Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.

WALLAHUALAM....

Thursday, March 18, 2010

Happy Birthday to Anis & Harith

14 Mac lepas, kami sekeluarga sambut besday Anis dan Harith kat Pizza Hut. Besday dorang dkt2 je, selang 2 hari so celebrate sekali ler..tmpt kesukaan dorang mmg kat Pizza Hut.. x tau ler apa yg seronoknye..sampai besday abah ngan uminye pun dorang ajak gi Pizza Hut...layannn je lah, janji dorang enjoyyy.


Kek Besday pilihan si dara

Besday boy ngan girl tgh potong kek


Saturday, March 13, 2010

Makan seafood bakar kat Pantai Remis

20 Feb yang lepas ade jemputan kenduri kawen kat Jeram, anak sepupu ayah aku..kira dua pupu aku ler.Balik dari kenduri kitorg, aku ngan adik aku sekeluarga serta mak dan ayah aku singgah kat Pantai Remis Jeram..adik ipar aku teringin nk gi..nak bawak anak2 tgk laut..yelah dah alang2 sampai sane..singgah ler jap...sampai sana apa lagi..pekena kerang bakar, ikan bakar..ketam bakar..duit pun terbakar..keh keh


jemput ler makan kerang bakar ni..

Pulau Pangkor 15 Feb 2010

Tahun Baru Cina hari tu..masa kat kg T.Intan, tetiba je somi aku ajak gi Pangkor..
dengan takde perancangan awal..bertolak ler kami sekeluarga dalam kul 11 lebih dari T.Intan..sampai kat Lumut dalam kul 1 lebih..Orang punya ler ramai banget kat jeti...aduyaiii..mengenangkan nak bawak anak2 berjalan..sabo je ler..





Ni masa kat jeti nak ke Pangkor...naik feri kul 2.30 pm




Lepak kat Teluk Nipah..mmg biasa kalo gi Pangkor mmg kitorg terus gi T.Nipah, tp lps ni kalo gi lagi nk lepak kat Pasir Bogak lak..T.Nipah kotor ler..tak terurus..tandas/bilik mandi satu tempat je..org punye ramai nak guna...last2 si harith ngan anis balik umah baru mandi..sib baik tak gatal2 badan dorang


Balik dr Pangkor..singgah makan kat kedai mamak kat Lumut..tgk ler muka aku yang sayu dan pilu tu..apa tidaknye..tgh sedap2 makan mee goreng..hampir nak abis dah..tetiba terjumpe lak rencah lalat dalam tu..terus terbantut..
Salam.,
Masuk hari ni dah 2 hari aku aku kena selsema ngan batuk sket..malas je rasa nak buat keja umah, tapi dalam malas2 pun sempat gak ler aku buat kek marbel cheese sebiji. Ni ler hasilnye, jemput ler makan..sedapppppp kek ni..
Nak resepi...klik kat koleksi resepi kat sebelah yer..