Glitter Words

Tuesday, October 28, 2008

Jamuan Raya Padang Jawa - 26hb Oct 2008

Hari Ahad baru ni telah diadakan pula majlis hari raya anjuran Masjid As-Solihin, JKKK Klang, JKKK Petaling, PAS Caw.Klang dan Petaling, KEADILAN,PASTI AzZahrah 1,2 dan 4 serta para peniaga pasar malam dan pagi bertempat di Perkarangan Masjid As-Solihin Padang Jawa.
Majlis bermula pada pukul 2.30 petang. Antara orang kenamaan yang sempat hadir pada petang tu ialah YB Ir Khalid Samad dan YB Rodziah, MB Khalid Ibrahim tak sempat hadir.
Aku and the gang ditugaskan untuk menjaga gerai air minuman. Sempat juga ler bergambar kenangan hehehe


Jamuan hari raya MGP Shah Alam - 25hb Oct 2008

Pada hari sabtu 25hb Oct,9.00 pagi, bertempat di PASTI AzZahrah 2, telah diadakan jamuan raya untuk guru2 kawasan shah alam.
Sebelum tu pukul 5.15 pagi aku dah bangun untuk mengukus pulut dan memasak sambal tumis untuk jamuan tersebut.



bergambar kenangan bersama guru2 Pasti kaw.Shah Alam yang hadir

ni lah muka guru2 PASTI AzZahrah 4

Rumah Terbuka PASTI AzZahrah 4 - 18hb Oct 2008

Pada hari Sabtu 18hb Oct bertempat di Pasti AzZahrah 4 telah diadakan jamuan hari raya terbuka untuk murid dan ibu bapa beserta jemaah surau.
Jamuan bermula pukul 2.30 ptg..tapi aku dan guru2 yang lain bertungkus lumus menyiapkan kerja2 memasak seawal 8.30 pagi dibantu oleh jiran2 sekitar.
Ni antara gambar2 yang sempat di ambil.


antara para tetamu yang hadir

Pengurus PASTI AzZahrah 4, Tn.Hj Hisham memberikan ucapan

Ni pulak Tok Ketua Kg Pdg Jawa Petaling yg baru, Tn.Hj.Abd Aziz memberikan ucapan


para pelajar segak dan anggun berbaju bertemakan busana muslim



ni gambar snap guna henpon masa rewang pagi tu

Raya ke4 - 4hb Oct 2008

Hari sabtu 4hb Oct bersamaan raya ke4 aku berangkat pulang menuju ibu kota setelah 4 mlm beraya di kampung suamiku di Teluk Intan. Dalam perjalanan pulang dari TI ke Shah Alam, kami sempat singgah beraya 4 buah rumah, rumah rakan lama suamiku di Teluk Intan, sedara suami di Tg.Karang,sampai di Meru singgah pula rumah arwah pakciknya dan last skali kami singgah ke rumah kawan sekerja...oops ada lagi..last skali beraya kat TESCO Shah Alam keh keh keh..anak2 aku merengek nak beli mainan..layannnnnn
Ni gambar2 kami di rumah kak ita dan suaminya abg hairol. Kami berempat dulunya satu tempat keja..kami ni antara pasangan suami isteri SPSC


bergambar dua keluarga


suamiku bersama abg hairol

aku bersama kak ita

Gambar2 masa hari raya pertama 1 Oct 2008


gambar sekeluarga, tema biru untuk tahun ni.


abah bersama dua heronya

anak2 permata hati umi dan abah


ibu dan anak dara berbaju sedondon

Harith nampak hensem masa ni..segak...dah besar anak bongsu aku ni

Saturday, September 27, 2008

Salam Lebaran

Salam,
dah lama tak update blog dalam bulan puasa ni..maklum ler banyak aktiviti termasuk aktiviti tidur.

Semalam hari akhir persekolahan sempena cuti perayaan aidilfitri. Seronok anak2 murid dapat duit raya sumbangan PASTI dan aku juga tidak lupa menghulurkan sumbangan peribadiku untuk murid kelasku.
Guru2 pun seronok gak sebab dapat sumbangan saguhati dari YB Khalid Samad,YB Rodziah dan YB Yaacob Sapari sebanyak RM100. Alhamdulillah dapat gak tambah untuk belanja raya.TERIMA KASIH YB.

Pada kawan2 yang menjengah blog saya ni..saya nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Maaf atas segala keterlanjuran kata dan tingkah laku. Halalkan makan minum.
Dan pada yang berjalan jauh tu, berhati-hati di jalanraya.Semoga anda semua selamat tiba di kampung.

SELAMAT HARI RAYA. JEMPUT LER DATANG BERAYA KE TERATAK SAYA.

Saturday, August 30, 2008

Solat Terawih/Witir

SEMBAHYANG TARAWIH
1. Hukum Sembahyang Tarawih:
a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.

2. Waktu Sembahyang Tarawih:
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya’.

3. Rakaat Sembahyang Tarawih:
a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

4. Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Bermaksud: "Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat ma’mum kerana Allah Taala"

5. Rukun Sembahyang Tarawih
Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.

SEMBAHYANG WITR
1. Sembahyang Sunat Witr
a) Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang Witr selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara berjamaah.
b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.
c) Lafaz niat sembahyang sunat Witr

i- bagi dua rakaat yang pertama:
Bermaksud: "Sahaja aku sembahyang Witr dua rakaat ma’mum kerana Allah Ta’ala".

ii- bagi rakaat yang akhir:
Bermaksud: "Sahaja aku sembahyang Witr satu rakaat ma’mum kerana Allah Ta’ala".

d) Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut semmbahyang Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi.

Lafaz Niat Puasa

NIAT PUASA
Lafaz niat puasa Fardhu Ramadhan




Maksudnya :“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):




Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Bacaan Hendak Berbuka Puasa:





Maksudnya :“Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi”.

Sunat-sunat puasa

Sunat-sunat Puasa:
1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.

2)Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.

3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Rukun Puasa

Assalamualaikum
Sempena menjelang Bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak berapa hari lagi, terlebih dahulu saya memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati AllahS.W.T, insyaallah dan disini saya pastekan panduan amalan ibadah dibulan yang mulia nanti.
SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA

Rukun Puasa:
1) Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
2)
3) Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.

Membatalkan Puasa:
Sekiranya
1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).

Pantang-larang puasa:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Friday, August 29, 2008

Disco di telan bumi

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

da seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

KELEBIHAN AYAT KURSI

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.
Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

Sambutan Kemerdekaan



muridku bergambar di dalam kelas selepas berarak.




Pagi ni diadakan perarakan sempena kemerdekaan. Murid2 berarak dari PASTI hingga ke Surau Nur Iman kemudian berpatah balik.
Aku sebagai camerawoman sempat ler mengambil gambar perarakan utk ditepek dalam blogku.
Hari ni juga merupakan hari terakhir aku menjadi guru untuk kelas saidatina khadijah kerana guru asalnya akan kembali bertugas minggu depan. Aku lak akan bertukar ke kelas lain iaitu kelas anakku, harith. Mintak2 ler aku senang nak handle budak2 kelas yang tersangatttttttt ler baiknya tu hehehe

Tuesday, August 26, 2008

Yahoooooooooo...debaran jantungku yg begitu kencang sejak pagi tadi akhirnya kembali normal setelah hero pujaanku DSAI menang di Permatang Pauh walaupun keputusan rasminya belum diumumkan.Dari sebelum maghrib aku sentiasa mengikuti perkembangan dan keputusan terkini di forum mesra.net. Nak dengar dari TV?? jangan harap puak2 tu nak siarkan berita kemenangan besar PKR.

TAHNIAH DSAI.TERUSKAN PERJUANGAN ANDA.
SALAM REFORMASI.

Monday, August 25, 2008

salam
malam ni sempat aku mengupdate blogku yg dah bersawang ni..
tu pun sempat menepek gambar2 je..malas nak bermadah puisi malam2 ni hehehe..

esok pilihanraya kecil kat Permatang Pauh..terasa kehangatannya sampai ke sini..
Semoga DSAI menang besar. Aminnnn

Sunday, August 3, 2008

Majlis Ihtifal PASTI Shah Alam


Majlis penyampaian hadiah..tempat ke 2

YB Rodziah (Adun Batu 3 Shah Alam) sedang menyampaikan ucapan


Sepohon kayu daunnya rimbun....persembahan dari anak2 didikku.


Anak2 didikku sebelum naik ke pentas

Hari ni telah diadakan majlis ihtifal peringkat Shah Alam di SRAI sek 19.
Dari semalam kitorg bertungkus lumus menyiapkan persiapan.
Alhamdulillah pasukan nasyidku berjaya mendapat tempat ke-2...sebelum tu aku dah naik risau sbb anak2 didik ku tu asyik terlupa lirik je.,nak2 lagu english..manjang tersasul je. aku bagi warning ngan dorang, kalo dorang lupa lirik atas pentas..aku nak balik hehehe..Lega rasanya tengok dorang bersemangat atas pentas walaupun gementar.
Keputusan keselurahan yang dimenangi Az-Zahrah 4
Nasyid - no.2
hafazan (L) - no.2
hafazan (P) - no.2
becerita (P) - no. 3
pidato (P) - no. 3

ok ler tu..cuba lagi untuk jadi yang terbaik pada tahun hadapan. Insyallah.

Pemergian Ayahanda Mertua ku ke Rahmatullah - 24 Jul 2008

Pada tarikh 24 jul lebih kurang pukul 2.00 petang, ayahanda mertuaku telah kembali ke rahmatullah kerana sakit tua. Jenazahnya telah di kebumikan pada petang itu juga lebih kurang pukul 6.00 petang. Kami sekeluarga hanya sempat menatap jenazah arwah di tanah perkuburan.
Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan org2 yang beriman. Aminn..Al Fatihah

Kursus Perguruan di Sg.Congkak - 11~13 Jul 2008






Bergambar kenangan selepas tamat kursus




peserta2 kursus sibuk menyiapkan tugasan


Pada Jumaat 11hb Jul pukul 8 mlm, aku bertolak ke De Forest Sg.Congkak menaiki kereta yati. Setelah mengharungi kesesakan jalan di Federal Highway, akhirnya kitorg selamat tiba lebih kurang pukul 10 mlm. Sampai2 je briefing dah bermula..yang tak sedapnya, tepat2 je abis briefing kol 11 lebih tetiba black out..gulap gulita..
macam2 hal malam tu..udah ler api takde..bekalan air pun terputus...nak terkucil pun tahan je. Dkt2 subuh baru ada api dan air..dengar2 ada guru yang terjun sungai mandi kol 4 pagi...eiiii idak ler aku..
Sepanjang 2 mlm di situ..jadual begitu ketat..masa rehat pun terhad. Tapi apa2 pun banyak ilmu yang aku dapat dan lebih istimewa skali aku dapat berkenalan dengan kawan2 baru..kak laila, kak nani, jun dari sarawak..wani..dan ramai lagi ler yang satu dorm ngan aku..I miss U all..muahhhhhhhh.

Fiesta Sukan Az-Zahrah 4 - 6 Jul 2008


salah satu acara kanak2


acara berpasangan..baling belon berisi air
<

Acara bapa..mengoyak suratkhabar jangan sampai putus



acara ibu..mengupas kentang jangan sampai putus



Anis sedang melerek bola dengan lemah lembutnya



Harith mewakili rumah Ungu...Ungu juara untuk tahun 2008





Pada 6hb July lepas pihak tadika telah mengadakan sukan tahunan bertempat di padang sekolah rendah sek 7 shah alam. Aku telah ditugaskan mengepalai pasukan kuning. Kuning hanya berjaya mendapat tempat ke3..almaklum ler..pasukan kuningku terdiri dari anak2 murid yang lemah lembut dan bersopan santun..hehehe