Glitter Words

Monday, January 30, 2012

Penjagaan Makanan Selepas Pembedahan Jantung

Perlunya menjaga pemakanan dan kesihatan diri selepas pembedahan jantung … oleh Mary Easaw John Pengurus Kanan Perkhidmatan Diet
by INSTITUT JANTUNG NEGARA - The National Heart Institute of Malaysia on Monday, October 18, 2010 at 6:52pm

PEMBEDAHAN pintasan jantung CABG ialah pembedahan major yang dilakukan untuk mengatasi masalah angina sakit dada akibat kekurangan bekalan darah ke jantung disebabkan saluran darah sempit atau tersumbat. Salur darah arteri atau vena dari bahagian badan yang lain akan diambil dan dipasang sebagai saluran pintasan menggantikan salur darah yang tersumbat tadi bagi membolehkan jantung menerima bekalan darah secukupnya. Selepas pembedahan pintasan jantung lebih cepat anda sembuh kesihatan jantung dan paru paru menjadi lebih baik. Sebagai pesakit anda bertanggungjawab ke atas kesihatan sendiri .Antara tanggungjawab berkenaan ialah

* Menjaga luka pembedahan
* Mengambil ubat mengikut waktu atau jadual ditetapkan
* Mengawal dan menjaga berat badan
* Memperbaiki kesihatan jantung dan paru paru
* Menghadiri sesi rehabilitasi kardiak
* Melakukan perubahan gaya hidup dan tabiat pemakanan


Jika pesakit mendapat zat secukupnya sebelum pembedahan keputusan pembedahan biasanya baik. Ini bermakna hasil pembedahan sangat bergantung kepada status nutrisi pesakit. Satu perkara yang andaperlu ingat kadar penyembuhan setiap pesakit berbeza dan ia ditentukan oleh pelbagai faktor termasuk tahap kesihatan keseluruhan. Kehilangan selera makan berat badan susut dan sembelit adaiah isu biasa yang dialami kebanyakan pesakit dalam beberapa minggu pertama selepas pembedahan. Ini sebabnya anda perlu belajar serba sedikit mengenai ilmu pemakanan supaya anda boleh mengamalkan pemakanan berkhasiat dapat kembali bekerja dan menjalani kehidupan produktif.

Berikut adalah beberapa panduan praktikal yang boleh membantu anda mendapat khasiat pemakanan sebaik baiknya dalam tempoh enam minggu pemulihan.

* Makan kerap (lima hingga enam kali) tetapi dalam kuantiti sedikit.Badan anda
lebih mudah menerima khasiat pemakanan berbanding anda makan banyak untuk
tiga kali (makan pagi, tengah hari dan malam)
* Ambil sedikit makanan kegemaran anda untuk merangsang selera. Contohnya sedikit nasi lemak, roti canai atau teh tarik. Pastikan kuantiti diambil adalah kecil.
* Makanan yang kaya nutrien atau zat sangat penting untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan merangsang kesihatan anda.Antara cara yang boleh memperkayakan makanan anda ialah ;
o Perkayakan makanan dengan lebih kalori
+ Sapu jem madu kaya atau mentega kacang pada roti atau biskut kraker
+ Tambah kismis atau kekacang pada oat atau emping jagung yang dimakan bersama susu
+ Tambah lebih minyak atau marjerin pada nasi atau bihun ketika menyediakan makanan
* Memperkayakan makanan dengan protein
o Masukkan susu penuh krim pada minuman telur hancur, sup atau bubur kacang
o Tambahkan ayam, ikan, ikan bilis, daging atau tauhu pada hidangan sayur sayuran dan bubur
* Kalori daripada cecair lebih mudah diambil terutama ketika anda kurang sihat. Contohnya;
o Susu susu soya minuman yogurt dan minuman bersusu seperti air bandung, lassi manga, jus buah
o Minuman bermalta dengan atau tanpa bijirin
o Minuman tambahan yang diperkaya khasiat boleh dibeli di farmasi atau hospital
* Kurangkan pengambilan garam untuk mengawal tekanan darah dan mengelak masalah retensi air (berlebihan air dalam badan)
o Pilih satu saja sama ada garam atau sos soya ketika memasak
o Elak menggunakan monosodium glutamate (MSG)
o Kurangkan pengambilan makanan berproses contohnya makanan dalam tin, sosejdan mi segera
o Ikan masin, sayur jeruk, telur masin, asam dan kerepek mengandungi banyak garam. Ia perlu dikurangkan atau dielakkan sekurang-kurangnya dalam tempoh penyembuhan

* Untuk pesakit yang ada kencing manis
o Periksa paras gula anda dengan glucometer dengan kerap atau pergi ke klinik terdekat untuk jalani pemeriksaan
o Hadkan pengambilan makanan dan minuman bergula kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah sukar dikawal
o Beli minuman tambahan dari farmasi. Jika tidak tahu tanya ahli farmasi jenis minuman yang sesuai untuk anda

Pesanan penting.

* Jangan ambil sebarang ubat tradisional atau persediaan herba sepanjang tempoh pemulihan Ini kerana kesan ubat tradisional atau herba tidak diketahui dan ia mungkin boleh berinteraksi dengan ubat yang diberi doktor. Anda boleh ambil pil multivitamin jika perlu.
* Nasihat untuk pasangan atau ahli keluarga pesakit. Beri kerjasama dan bertolak nsur dalam soal makanan dalam tempoh ini . Jika anda tidak pasti makanan apa yang sesuai dihidangkan berbincanglah dengan pakar pemakanan.
* Bawa pasangan dan ahli keluarga untuk rawatan susulan di klinik pesakit luar selepas enam minggu bagi mendapat pelan pemakanan lebih terperinci.

Jika ada pertanyaan mengenai pemakanan anda boleh hubungi talian 03 26178248 atau 2600 6596. Setiap sesi konsultasi mengambil masa antara 30 hingga 45 minit Bantuan daripada pakar pemakanan akan memudahkan anda menyediakan makanan yang berkhasiat tetapi masih enak.

No comments: