Glitter Words

Monday, January 30, 2012

Penjagaan Makanan Selepas Pembedahan Jantung

Perlunya menjaga pemakanan dan kesihatan diri selepas pembedahan jantung … oleh Mary Easaw John Pengurus Kanan Perkhidmatan Diet
by INSTITUT JANTUNG NEGARA - The National Heart Institute of Malaysia on Monday, October 18, 2010 at 6:52pm

PEMBEDAHAN pintasan jantung CABG ialah pembedahan major yang dilakukan untuk mengatasi masalah angina sakit dada akibat kekurangan bekalan darah ke jantung disebabkan saluran darah sempit atau tersumbat. Salur darah arteri atau vena dari bahagian badan yang lain akan diambil dan dipasang sebagai saluran pintasan menggantikan salur darah yang tersumbat tadi bagi membolehkan jantung menerima bekalan darah secukupnya. Selepas pembedahan pintasan jantung lebih cepat anda sembuh kesihatan jantung dan paru paru menjadi lebih baik. Sebagai pesakit anda bertanggungjawab ke atas kesihatan sendiri .Antara tanggungjawab berkenaan ialah

* Menjaga luka pembedahan
* Mengambil ubat mengikut waktu atau jadual ditetapkan
* Mengawal dan menjaga berat badan
* Memperbaiki kesihatan jantung dan paru paru
* Menghadiri sesi rehabilitasi kardiak
* Melakukan perubahan gaya hidup dan tabiat pemakanan


Jika pesakit mendapat zat secukupnya sebelum pembedahan keputusan pembedahan biasanya baik. Ini bermakna hasil pembedahan sangat bergantung kepada status nutrisi pesakit. Satu perkara yang andaperlu ingat kadar penyembuhan setiap pesakit berbeza dan ia ditentukan oleh pelbagai faktor termasuk tahap kesihatan keseluruhan. Kehilangan selera makan berat badan susut dan sembelit adaiah isu biasa yang dialami kebanyakan pesakit dalam beberapa minggu pertama selepas pembedahan. Ini sebabnya anda perlu belajar serba sedikit mengenai ilmu pemakanan supaya anda boleh mengamalkan pemakanan berkhasiat dapat kembali bekerja dan menjalani kehidupan produktif.

Berikut adalah beberapa panduan praktikal yang boleh membantu anda mendapat khasiat pemakanan sebaik baiknya dalam tempoh enam minggu pemulihan.

* Makan kerap (lima hingga enam kali) tetapi dalam kuantiti sedikit.Badan anda
lebih mudah menerima khasiat pemakanan berbanding anda makan banyak untuk
tiga kali (makan pagi, tengah hari dan malam)
* Ambil sedikit makanan kegemaran anda untuk merangsang selera. Contohnya sedikit nasi lemak, roti canai atau teh tarik. Pastikan kuantiti diambil adalah kecil.
* Makanan yang kaya nutrien atau zat sangat penting untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan merangsang kesihatan anda.Antara cara yang boleh memperkayakan makanan anda ialah ;
o Perkayakan makanan dengan lebih kalori
+ Sapu jem madu kaya atau mentega kacang pada roti atau biskut kraker
+ Tambah kismis atau kekacang pada oat atau emping jagung yang dimakan bersama susu
+ Tambah lebih minyak atau marjerin pada nasi atau bihun ketika menyediakan makanan
* Memperkayakan makanan dengan protein
o Masukkan susu penuh krim pada minuman telur hancur, sup atau bubur kacang
o Tambahkan ayam, ikan, ikan bilis, daging atau tauhu pada hidangan sayur sayuran dan bubur
* Kalori daripada cecair lebih mudah diambil terutama ketika anda kurang sihat. Contohnya;
o Susu susu soya minuman yogurt dan minuman bersusu seperti air bandung, lassi manga, jus buah
o Minuman bermalta dengan atau tanpa bijirin
o Minuman tambahan yang diperkaya khasiat boleh dibeli di farmasi atau hospital
* Kurangkan pengambilan garam untuk mengawal tekanan darah dan mengelak masalah retensi air (berlebihan air dalam badan)
o Pilih satu saja sama ada garam atau sos soya ketika memasak
o Elak menggunakan monosodium glutamate (MSG)
o Kurangkan pengambilan makanan berproses contohnya makanan dalam tin, sosejdan mi segera
o Ikan masin, sayur jeruk, telur masin, asam dan kerepek mengandungi banyak garam. Ia perlu dikurangkan atau dielakkan sekurang-kurangnya dalam tempoh penyembuhan

* Untuk pesakit yang ada kencing manis
o Periksa paras gula anda dengan glucometer dengan kerap atau pergi ke klinik terdekat untuk jalani pemeriksaan
o Hadkan pengambilan makanan dan minuman bergula kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah sukar dikawal
o Beli minuman tambahan dari farmasi. Jika tidak tahu tanya ahli farmasi jenis minuman yang sesuai untuk anda

Pesanan penting.

* Jangan ambil sebarang ubat tradisional atau persediaan herba sepanjang tempoh pemulihan Ini kerana kesan ubat tradisional atau herba tidak diketahui dan ia mungkin boleh berinteraksi dengan ubat yang diberi doktor. Anda boleh ambil pil multivitamin jika perlu.
* Nasihat untuk pasangan atau ahli keluarga pesakit. Beri kerjasama dan bertolak nsur dalam soal makanan dalam tempoh ini . Jika anda tidak pasti makanan apa yang sesuai dihidangkan berbincanglah dengan pakar pemakanan.
* Bawa pasangan dan ahli keluarga untuk rawatan susulan di klinik pesakit luar selepas enam minggu bagi mendapat pelan pemakanan lebih terperinci.

Jika ada pertanyaan mengenai pemakanan anda boleh hubungi talian 03 26178248 atau 2600 6596. Setiap sesi konsultasi mengambil masa antara 30 hingga 45 minit Bantuan daripada pakar pemakanan akan memudahkan anda menyediakan makanan yang berkhasiat tetapi masih enak.

Monday, November 14, 2011

Resepi dalam pantang

Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahannya:

Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
1 labu bawang besar
5-6 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
� inci halia
Sedikit air asam jawa & gula

Caranya:

Tumis semua bahan yang dihiris. Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula . Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.



Ikan Masin Lada Hitam

Bahannya:

Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
Lada hitam

Caranya:

Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau dan gaulkannya sebati.



Ikan Tenggiri Kering

Bahannya:

1 keping ikan tenggiri kering
2 biji lada besar
� biji bawang besar dihiris

Caranya:

Ikan digoreng layur bersama hirisan halia. Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur. Hidang bersama nasi panas.

Wednesday, August 10, 2011

Murid mati makan juadah berbuka

Murid mati makan juadah berbuka
Oleh Norrasyidah Arshad

2011/08/10
Enam turut alami muntah, cirit birit

MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama. Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati. Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang

p/s*baca je berita ni, terus takut nk beli kat bazar ramadhan..al fatihah untuk arwah
wahai para peniaga..jagalah kebersihan makanan, ingat..kita nak carik rezeki yg halal..nk cari rezeki yg berkat, jangan menjual benda yg basi kepada org, menggunakan barang2 ramuan yg sudah sampai tarikh luputnya

Tuesday, August 9, 2011

SMB Gathering

Pada 24hb Julai baru2 ini, satu perjumpaan rakan2 sekolah menengah Bangsar KL (84-88) telah diadakan di Tasik Taman Jaya, PJ pada pukul 9.00 pagi.

Kami bertemu kembali setelah menjejak kasih di laman Facebook hehe...ada bagusnya FB ni.

Memang seronok sgt bertemu kembali dgn rakan2 lama yg terputus hubungan hampir 23 thn. Masing2 dh berkeluarga, ada yg dah punya anak dara dan anak teruna..tak lama lg dpt menantu ler tu..aiii cepatnya masa berlalu..bila bertemu kembali rakan sekolah, terasa muda kembali hahaha...luv u all my frens

Inilah antara gambar2 kenangan semasa perjumpaan hari tu


aku, mizan, diana dah hasmah

berdiri dr kiri, harzani,hasmah,mizan,aku,diana,sham
duduk dr kiri, zamray,benny yap,husni,peter yam,wira (nigel dan kevin tiada dlm gambar..dtg lewat)


pot luck

SALAM RAMADHAN

assalamualaikum
lama sungguh tak update blog ni...mood takde langsung...sibuk dgn FB lak sekarang, tambahan dpt bertemu kembali dgn rakan2 sekolah dari sekolah rendah ke sekolah menengah.
di kesempatan ini, saya nk mengucapkan salam ramadhan, selamat berpuasa kepada semua rakan2 dan pengunjung blog saya ni. Selamat menjalani ibadah puasa..semoga kita dpt mempertingkatkan amalan kita sepanjang Ramadhan ini.





Saturday, September 25, 2010

Cuti2 Malaysia ke Melaka

Ni gambar2 masa kami sekeluarga gi bercuti ke Pengkalan Balak,Melaka pada 20 & 21 Mac lepas...dan lama nak letak dlm blog tp tak berkesempatan.
Kami menginap di Seraya Pantai Challet..kami amik family room, ok ler..puas hati,
dlm RM150 sj semalam.

ni gambar2 dlm dan sekitar challet




pantai pengkalan balak




lauk pauk simple utk makan tgh hari, sayur kobis goreng, kari telur,sambal ikan bilis & agar2 buat pencuci mulut

singgah di bandar hilir Melaka

harith dan anis tumpang bergambar atas beca, thanks to abang beca

shopping jgn tak shopping

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum,
Salam Aidilfitri buat semua walaupun terlewat,ampun maaf dipinta atas segala kesalahan.
Raya ni turn balik T.Intan, Perak (kg somi)..permohononanku untuk balik pada raya pertama tidak mendapat kelulusan bos hehehe..maka balik ler kami sekeluarga pada hari khamis, sehari b4 raye.
permohonan somiku untuk pulang ke cni pada hari Isnin dibantah oleh House Manager maka kami pulang ke s.alam pada hari Ahad hehehe..mana aci..kite pun nak raya ngan kluarga kita gak..ye tak..
tahun ni baju raya takde tema..semangat nk raya kurang sket tahun ni., sebelum raya, harith demam..time raya ke2 lak tiba2 dia batuk terus sampai kena lelah..dugaan betul, minggu kedua lak, naim lak demam..batuk2..bukak sekolah je dah cuti sakit 2 hari...mane taknye time raya..melantak air gas x hingat..
Hari ni ada 3-4 jemputan open house tp x dpt nk gi..cik abe pose enam..

Buat rakan2, jemput ler datang ke rumah..thn ni x tau ler nk buat open house ke tak..cam malas je..

ni gambar2 yg raya haritu..x byk sgt bergambar...mood xde ler katakan

gambar anak2 di pagi hari raya pertama


ni gambar masa gi beraya di rumah arwah pakcik somi di Meru


ni masa kat umah tok sedara aku di Bangi