Glitter Words

Saturday, May 31, 2008

apa citer hari ni ?

aku baru je balik dari umah kak zie antar file yg dah siap
sampai umah dia tadi aku tersengih tgk dia..siap perli2 lagi tgk dia pakai baju yg sama masa kat masjid mlm tadi..
rupa2nye dia tak sihat..malam nanti dia tiba2 sesak nafas..cam ada benda yg tersangkut kat kerongkong katanye.
gi spital masuk emergency tp tak kena tahan wad..tekanan darah tinggi je..jantung ok..
harap2 dia sembuh sepenuhnye..dia pun riso gak tu..keja byk tak siap lagi.
kak zie bg aku beberapa file lg untuk di key in...rasanye kalo line clear hari ni pun boleh siap

Jumaat 16 Mei 2008

cuti skolah ni biasanye aktiviti tidoku melampau2..
lepas solat subuh je tumbang balik..
kol 10 lebih kadang2 dkt tgh hari baru sarapan...brunch terus ler

kol 2 lebih aku gi umah kak zie amik file guru2 PASTI seluruh negeri selangor tuk di key in data2 peribadi memasing.
kak zie bg aku 2 file..due date 2hb suh siapkan tp aku dah siapkan sblm maghrib.

malam gi masjid padang jawa ada ceramah dr Datuk Hassan Ali..jumpa kak zie kat sana..bgtau dah siap, dia kata kalau tau dia bg lg byk file hehehe
aku ni kalo bab2 menggunakan komputer ni mmg suka..khusyuk dan tawaduk membuatnye hehehe...ye lah berbelas tahun aku keja kat opis...komputer dah sebati ngan diri aku.
lgpun aku riso lama2 pegang file kak zie tu kat umah..sbb dlm penuh $$$$$.
kalo ler ilang..botak kepala nk ganti balik

Thursday, May 29, 2008

Resepi dlm pantang/Kekal langsing - part 2

Daging Goreng Halia

Bahannya:
Daging batang pinang dihiris nipis
Halia dimayang halus
Bawang Putih diketuk
Bawang besar dihiris bulat
1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
Sedikit sos tiram
Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk
Garam/ Serbuk Perasa
Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asm jawa.

Caranya:
i) Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan
garam.
ii) Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahan
perasa mengikut kesesuaian.
iii) Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang
besar.Nak berkuah bolehlaa ditambah dengan bancuhan tepung jagung.


Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahannya:
Daging hihiris halus
Lada hitam secukup rasa
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Sos Cili/Cili mesin
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat
Garam/serbuk perasa


Caranya:
i)Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
ii) Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut
keperluan bagi memastikan daging lembut.
iii)Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut
keperluan dan juga hirisan bawang besar.


Ayam Panggang Selera Pantang

Bahannya:
Ayam
1 batang serai dititik
1 sudu jintan manis
½ sudu jintan putih
1cm kunyit hidup
1cm lengkuas
1cm halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
garam
Air asam jawa
½ cawan air

caranya:
i)Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
ii) Panggang ia, setelah OK masak
iii)Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlaa disiram ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.


Ayam Percik Chinese Style

Bahannya:
1 ekor ayam
Daun salam dan daun kunyit
Bahan A:
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Jintan Manis
Lada Hitam
Serai & Halia
Gula Melaka - dicincang halus
Lemon - diperah
Santan
Garam
Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)
Caranya:
i)Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam. Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
ii) Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam. Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
iii) Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.


Lengkuas Muda Masak Lada Merah ~ Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita @ dengan lain perkataan mengetatkan sistem kacip kak timah, gitu...

Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
Sedikit ikan bilis
Bawang merah
Bawang Putih
Lada merah
Caranya :
Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.


Turi Masak Asam Rebus ~ Bagus Utk Menambah Susu Ibu.

Daun Turi
Ikan Bilis
Asam Keping
Bawang merah
Kunyit Hidup
Ikan Bilis
Lada merah
Caranya :
Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus. Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Resepi dlm pantang/Kekal langsing

Resepi Kekal Langsing
Bahannya:
5cm halia bara
10 biji lada hitam
30 ekor ikan bilis
Sedikit perahan limau nipis
Caranya:
Tumbuk kesemua bahan tersebut dan akhir sekali dicampur dengan perahan limau nipis. Sedap dihidang bersama nasi panas.



Sambal Tok-tok
Bahannya:
Ikan bilis
Cili padi
Bawang
Caranya :
Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau


Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahannya:
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Lada hitam
Caranya:
Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam dan hidang bersama nasi panas.


Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahannya:
100g ikan bilis putih
3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
1 biji bawang besar dimayang
2cm halia dimayang
6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
6 biji cili padi diketuk
Minyak
Caranya:
Goreng ikan bilis hingga ranggup, kemudoian masukkan bahan hirisan.


Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahannya:
Sebiji bawang besar dimayang
Ikan bilis
Jeruk lobak
Sebiji telur
Cili mesin 1 sudu
Caranya:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan. Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis. Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.


Pegaga Masak Lada Hitam.(Resepi K.Niza)

Bahannya:
Sedikit santan pekat
Lada hitam (lebihkan)
Ikan bilis putih
Kunyit hidup
Halia
Garam
Caranya:
Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk. Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat. Kira OK masukkan pegaga dan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.


Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahannya:
4cm halia muda
3cm kunyit hidup
Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)
Caranya:
Bakar ayam/daging dengan bahan perap. Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa.

Petua Cuci Hati

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah iniada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakarmotivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedahyang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikanhatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur- Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosadiampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hatidan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maafperlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekalimengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan dirisendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elokbelaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelumtidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otakaku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelumtidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8.Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukanperkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatukejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat"

Petua Kecantikan

10 PETUA MUDAH DAH MAMPU DIAMALKAN SETIAP WANITA

1. Petua Jerawat
1) Apply yogurt pada bahagian muka yang ditumbuhi jerawat selama 10 minit.Kemudian cuci muka seperti biasa. Enzim yang terdapat pada yogurt dikatakandapat menghapuskan bakteria jerawat dan membersihkan kulit muka
2) Bawang putih boleh menjadi bahan antiseptik yang baik dan sesuai untukmenghapuskan bakteria jerawat. Caranya, ambil seulas bawang putih, satusudu kecil madu, satu sudu kecil jus carrot dan sebiji putih telur. Pukultelur putih sehingga kembang, kemudian masukkan bahan-bahan lain dan pukulsehingga sebati. Gunakan ramuan ini pada bahagian yang ditumbuhi jerawat.Insyaallah, jerawat akan segera mengecut dan hilang.

2. Petua Seri Wajah
Cara 1 :Cuci muka anda dengan air basuhan beras. Saya menggunakan air basuhan kalike-2. Air basuhan kali pertama biasanya agak gatal. Lakukannya pada setiaphari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akanmenjadi bertambah cerah dan lembut

Cara 2 :Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasitersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah danleher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas

3. Petua Mencerahkan Kulit Wajah
Kosmetik pemutih wajah melambak di pasaran sekarang ini. Dengan pelbagaislogan dan janji, pasti susah untuk memilih produk mana yang paling sesuaidengan kulit kita. Apa kata cuba cara semulajadi ini untuk menjadikan kulit putih, cantik danberseri-seri. Ramuan yang diperlukan : Sebiji buah tomato masak 250 ml susu cair Air secukupnya

Cara-cara
1. Kisar buah tomato yang telah dipotong kecil
2. Setelah separuh halus, tambahkan sedikit air
3. Tapis jus tomato yang telah dikisar tadi untuk membuang hampasnya 4. Campurkan susu ke dalam jus tomato yang telah dibuang hampasnya tadi.Kacau rata
5. Masukkan ke dalam botol kecil dan kemudian simpan ke dalam peti ais anda
Cara Pemakaian : Sapukan ramuan pada wajah dan leher dengan kapas dan biarkan selama 10minit. Setelah itu, bersihkan seperti biasa dengan air.

4. Petua Awet Muda
Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibuatau nenek kita,namun pada agakan saya, tidak ramai yang menjadikannya satuamalan. Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalanpengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawahadalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkansetiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya,biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya. Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudianpusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya kebahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suamselepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minumanini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan. Dalam pengamatan saya sendiri, amalan ini telah terbukti berkesan keranasemua 'wanita cantik' yang saya pernah kenal menurunkan petua ini kepadasaya apabila saya bertanya 'rahsia' wajah mereka yang tegang dan sentiasakelihatan ceria.

5. Hilangkan Parut
Ini ada satu petua untuk menghilangkan parut. Sebenarnya petua untukmenghilangkan parut ni mungkin telah ramai yang tahu dan pernah buat. Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (takkira parut jerawat ke atau parut di badan) Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dankanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkanlendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka ataubadan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masihbaru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadikehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer...

6.Menghaluskan Kulit Badan
Petua 1 (menghaluskan dan menanggalkan daki di badan)
Bahan-bahan : daun sirih, berasCara : Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helaidaun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacausehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadike seluruh tubuh badan. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehinggasemua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahajamenjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantumenanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.

Petua 2
Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar.Then tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dankunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengansedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati danjuga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jikadiamalkan seminggu sekali.

7. Rambut Bersinar
Gunakan ajer daun teh yang telah digunakan (used tea leaves). Daun teh niblh membuatkan rambut kita segar, lembut dan bersinar-sinar. Caranya, basuh daun teh yang telah digunakan itu dengan air bersih. Thencampurkan daun teh tersebut ke dalam segelas air bersih. Tutup gelastersebut dan biarkannya semalaman. Keesokan harinya, tapis daun teh tersebut. Campurkan air daun teh yangtelah ditapis tadi dengan sesudu jus limau nipis / limau kasturi / lemon(ini lebih baik). Gunakan ramuan ini untuk membilas rambut setiap kalibersyampu. Insyaallah, rambut anda akan lebih cantik, lembut dan bersinarselepas beberapa kali menggunakan ramuan ini.
Satu lagi petua mudah adalah dengan menggunakan jus lemon /limau nipissebagai conditioner rambut. Sebiji ajer dh mencukupi untuk dijadikanconditioner rambut ni. Tapi campurkan dulu jus limau / lemon ni dengansecawan air suam, kemudian baru apply kat rambut sebagai conditioner.

8. Merawat Bibir Hitam
Bibir hitam kerana lipstik itu sendiri. Saya pun baru jer tahu hal ni. Ada satu petua untuk membeli lipstik supaya bibir tidak hitam selepasmenggunakannya. Menurut salah seorang rakan saya, lipstik yang menyebabkanbibir hitam mempunyai bau (wangi atau apa2 bau). Oleh sebab itu, sebelummemilih lipstik kesukaan anda, cium dahulu lipstik tersebut. Kalau adaapa-apa bau, maknanya jangan ler beli. Kalau tak ada apa-apa bau, maknanyaselamatlah lipstik tu. Saya pun sekarang dah tak pernah beli lipstik yangmempunyai apa2 bau.Tambah2 lagi yang berbau wangi seperti bau buahan2an tu,memang sure hitam bibir. Ok, berbalik kepada persoalan petua tadi. Antara petua yang saya dapatuntuk memerahkan kembali bibir anda yang telah hitam kesan penggunaanlipstik yang salah : i) Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian bilasdengan air. Kalau nak biarkan pun ok juga. Cuma mungkin kita akan rasakurang selesa atau mungkin juga bibir akan digigit semut nanti:
P ii) Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkanbibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibiranda.

9. Mengurangkan Rambut Gugur
Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudiancampurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih danjuga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blenderdan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukanramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena padaseluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandidan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalahkelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya,hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering.Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.

10. Rawatan Mata
BULATAN HITAM BAWAH MATA
Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagianmata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.
MATA SEMBAB Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentangsegar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mataselama beberapa minit.
KELETIHAN MATA Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang tehtadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannyake atas mata selama lebih kurang 15 minit. Selamat Mencuba.......

Amalan utk pendinding diri dan rumah

Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir
dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini
tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan
kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar
diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana
Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus,
buat berasingan).

3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula
bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk
tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini
terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu
tembuk empat persegi yang sempurna.

5) Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk
yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa.

Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi pe! rlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman
pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamalkan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak
yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk
mereka.
Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah
menakjubkan(dengan keizinan allah).

Tips nak dptkan baby boy or girl

Di sini ada sedikit info dan diharap menjadian panduan berguna buat dikongsi bersama-sama terutama kepada suami
isteri yang baru berumahtangga untuk merancang keluarga....Ketahuilah, untuk mendapatkan bayi lelaki atau perempuan,
semuanya boleh dirancang..


Amalan Pemakanan Isteri sebelum bersama: =======================================

1. Madu lebah (utk energy dan kesihatan dalaman)

2. Minum susu dan mengambil buah badam sebagai sajian ringan

3. Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah

3. Minuman berhalia juga bagus (suami juga - utk kepekatan air mani)


Tips untuk mendapatkan bayi perempuan: =======================================

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan

2. Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama
datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan
subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam
sikit. That's why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak
perempuan tinggi.

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan
: mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan; Suami membawa XY,
isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)

5. Berdoa.


Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin): ====================================================================

1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali

2. Banyakkan makan buah-buahan

3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)


Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan: =====================================

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama "Maryam" atau "Siti Aisyah"

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan....)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan - perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.



Tips untuk mendapatkan bayi lelaki: ===================================

Sebelum & Selepas:

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari
sebelum period dr kiraan hari pertama selepas waktu subur). Kenapa dlm waktu tidak subur isteri sahaja? Sbb suami
ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yg perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini.
Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormon suami perlu lebih aktif dr isteri. Agak susah nak dapatkan bayi
lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sbb first time bagi
si isteri melalui 'gitu-gitu' so excited terlebih sikit... tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin (Tujuan : mengizinkan
kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa
gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu
takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke kanan)

5. Berdoa.


Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin): ====================================================================

1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging

2. Banyakkan makan yg berasid

3. Amalan minuman kurang manis


Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan: =====================================

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan
urah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama "Muhammad" atau
"Ahmad"/"Amin"

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan....)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.


Selamat mendapatkan baby pilihan anda! Kita hanya merancang dan berikhtiar, tapi Allah swt yang tentukan...

Sahkah mandi wajib kita?

Assalamualaikum,

Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."

Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Surah Penawar

Surah Al-Kausar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang
yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu
Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah
s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir
itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

Majlis Hari Guru PASTI


aku ngan somi bersama hadiah memasing


para guru bergambar ramai2 atas stage..aku tersorok ler sbb dok belakang..


cikgu Maimon dan cikgu Rosni menerima anugerah perkhidmatan cemerlang,gemilang dan terbilang hehehe





Pada 17 Mei (Sabtu) lepas pihak PASTI Kaw. Shah Alam telah mengadakan sambutan hari guru di Hotel GoldCourse Klang.
Aku pun dipelawa pegi..boleh bawak hubby tp kena bayar ler..ok ler tu
baju yg aku pakai pun baju pinjam je..ye lah dorang nk pakai sedondon..aku mmg takde baju tu..sib baik org tu lebih kurang saiz aku..so ngam2 je lah

Taman Tamadun Islam K.Trengganu






salammmm

meh cuci mata lagi..ada yg tertinggal rupanya
ni gambar2 kat taman tamadun islam bersebelahan ngan masjid kristal
masa kami masuk byk monumen masjid yang masih dlm pembinaan...

Monday, May 19, 2008

Jumaat 16 Mei 2008

Hari ini ada sambutan hari guru di PASTI. Sebelum ni dah diedarkan surat kepada ibubapa pelajar untuk memberikan sumbangan kuih2 dan buah2an.
Terkejut tengok makanan2 yg disumbangkan...cam ada pesta makanan lak..dasat sungguh..alhamdulillah.
Bila tengok betapa banyaknya makanan terkenang pulak org2 susah,mangsa2 kebuluran dan bencana alam..bagaimanalah keadaan dorang..kita di sini sampai membazir..membuang makanan..ishh ishh ishh

Malam pulak ada penggajian agama di rumah kak salmah.Aku baru join buat pertama kali..Belajar bab solat jemaah bersama ustaz awaluddin ke haluddin ntah namanye..
mmg bagus ustaz tu..
sedikit sebanyak dpt gak ilmu masuk....dunia dan akhirat kena ler seimbangkan

Wednesday, May 14, 2008

Poco-Poco

salammmmmmmm

baru jengah blog malam ni..3-4 hari tak jenguk...very d busy skrg.
for those yg menanti gambar percutianku ari tu..harap bersabar yer..rancangan tergendala akibat kesesakan masa keh keh keh

semalam kol 2 camtu kak zie sms aku bgtau ada latihan poco2 kol 4...kebetulan cikgunye free smlm.
kitorg tumpang umah kak salmah semalam..
nanti bila yg berapa kerat ni dah pandai baru open tuk semua..senang kitorg nak ajar org2 baru nanti.
best gak..badan ni dah lama tak buat senaman, mula2 tak rasa sakit2 badan tp pagi tadi bangun tido baru rasa lenguh2..patut ler kak salmah suh makan panadol extend awal2..

bila ler aku nk download gambar ni..malam ni tak dpt lak nk download gambar..bateri kamera dah kong..alahaiiiiiii

Saturday, May 10, 2008

balik kampung

hari ni nak balik kg somi aku kat T.Intan coz my FIL tak baper sihat...so nk jenguk ler.
kalo ikotkan mmg takde perancangan nk balik sbb minggu dpn budak2 ni peksa tgh tahun.

esok kena balik cni awal ler..budak2 ni kalo balik kg bknnye reti dok diam..asyik main je..bila masa nk mentelaah buku

09 Mei 2008

masa kat tadika kepala aku dah start nk kena migrain.
gambar2 aritu dah siap..kelakar lak aku tgk gambar aku..tp sib baik dlm kategori cun lagi hehehe

petang ada temu janji ngan seseorg dari group ibu..aku nk beli voucher percutian yg dia uar2kan dlm group aritu..so janji nak berjumpa di kompleks PKNS.
telan dulu ler panadol 2 biji..dah tak larat sgt. Tak pegi nanti sian lak kat dia dah menunggu...so redah aje lahhhh.

aku janji ngan dia jumpa kat dpn McD..lega masa tu sbb kepala dah kembali ringan.
dah jumpa tu borak2 ler kejap..maklum ler baru berkenalan.

FATAH..GEMBIRA JUMPA AWAK SEMALAM, KALO ADA VOUCHER LAGI INFORM SY LAGI YER..hehehe

Hotel Seri Malaysia K.Trganu



permandangan dari luar balkoni hotel

sempat posing lagi atas katil



ini ler rupanya bilik kami (family room..ok lah tu)
cukup puas hati bermalam kat cni berbanding di Cherating sebelum tu..
Family room just RM150 termasuk breakfast untuk 3 org
TV ada siaran Astro lagi
dll kemudahan lagi..cukup puas hati dibandingkan semasa bermalam di cherating dgn harga yg sama

brape bintang nak bagi? ****

Pantai Batu Buruk K.Trganu



Pantai Batu Buruk
Kami singgah sebentar je so tak banyak bergambar sbb masa ni anis nak buang air..kelam kabut cari toilet hehehe

Kampung Losong K.Trganu


bila ler aku nk dpt..dah berpeluh menunggu ni..hehehe



suasana di kg losong..kg yg terkenal dgn keropok lekornye

Masjid Kristal & Masjid Terapung K.Trgnu


sempat bergambar sekeluarga




suasana persekitaran masjid kristal pada waktu siang

tempat wudhuk pun somi aku snap gak

lampu mewah dalam masjid

Masjid Kristal pada waktu malam
gambar tak brape cantik coz kamera lobat lak

Suasana pada waktu siang

Suasana Masjid Terapung pada waktu malam

Ranting Beach Resort Cherating





Ranting Beach Resort Cherating
Kami ambik family room, rega dlm RM150 per nite

komen : suasana persekitaran ok tp keadaan dalaman chaletnye yg tak berapa nk ok.
perabut lama, bilik berhabuk, ada lampu2 dlm chalet yg tak berfungsi, tv pun tak dpt siaran..ehmmmmm
harap2 lepas ni pihak pengurusan dpt improve lg

sape2 berminat boleh ler contact no ni :
013-9312371
09-5819068

Pantai Cherating





mandi laut time


Anak2 tgh main pasir...nak mandi masa ni matahari tgh terpacak


Pantai Cherating