Thursday, May 29, 2008

Petua Kecantikan

10 PETUA MUDAH DAH MAMPU DIAMALKAN SETIAP WANITA

1. Petua Jerawat
1) Apply yogurt pada bahagian muka yang ditumbuhi jerawat selama 10 minit.Kemudian cuci muka seperti biasa. Enzim yang terdapat pada yogurt dikatakandapat menghapuskan bakteria jerawat dan membersihkan kulit muka
2) Bawang putih boleh menjadi bahan antiseptik yang baik dan sesuai untukmenghapuskan bakteria jerawat. Caranya, ambil seulas bawang putih, satusudu kecil madu, satu sudu kecil jus carrot dan sebiji putih telur. Pukultelur putih sehingga kembang, kemudian masukkan bahan-bahan lain dan pukulsehingga sebati. Gunakan ramuan ini pada bahagian yang ditumbuhi jerawat.Insyaallah, jerawat akan segera mengecut dan hilang.

2. Petua Seri Wajah
Cara 1 :Cuci muka anda dengan air basuhan beras. Saya menggunakan air basuhan kalike-2. Air basuhan kali pertama biasanya agak gatal. Lakukannya pada setiaphari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akanmenjadi bertambah cerah dan lembut

Cara 2 :Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasitersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah danleher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas

3. Petua Mencerahkan Kulit Wajah
Kosmetik pemutih wajah melambak di pasaran sekarang ini. Dengan pelbagaislogan dan janji, pasti susah untuk memilih produk mana yang paling sesuaidengan kulit kita. Apa kata cuba cara semulajadi ini untuk menjadikan kulit putih, cantik danberseri-seri. Ramuan yang diperlukan : Sebiji buah tomato masak 250 ml susu cair Air secukupnya

Cara-cara
1. Kisar buah tomato yang telah dipotong kecil
2. Setelah separuh halus, tambahkan sedikit air
3. Tapis jus tomato yang telah dikisar tadi untuk membuang hampasnya 4. Campurkan susu ke dalam jus tomato yang telah dibuang hampasnya tadi.Kacau rata
5. Masukkan ke dalam botol kecil dan kemudian simpan ke dalam peti ais anda
Cara Pemakaian : Sapukan ramuan pada wajah dan leher dengan kapas dan biarkan selama 10minit. Setelah itu, bersihkan seperti biasa dengan air.

4. Petua Awet Muda
Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibuatau nenek kita,namun pada agakan saya, tidak ramai yang menjadikannya satuamalan. Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalanpengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawahadalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkansetiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya,biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya. Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudianpusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya kebahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suamselepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minumanini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan. Dalam pengamatan saya sendiri, amalan ini telah terbukti berkesan keranasemua 'wanita cantik' yang saya pernah kenal menurunkan petua ini kepadasaya apabila saya bertanya 'rahsia' wajah mereka yang tegang dan sentiasakelihatan ceria.

5. Hilangkan Parut
Ini ada satu petua untuk menghilangkan parut. Sebenarnya petua untukmenghilangkan parut ni mungkin telah ramai yang tahu dan pernah buat. Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (takkira parut jerawat ke atau parut di badan) Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dankanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkanlendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka ataubadan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masihbaru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadikehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer...

6.Menghaluskan Kulit Badan
Petua 1 (menghaluskan dan menanggalkan daki di badan)
Bahan-bahan : daun sirih, berasCara : Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helaidaun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacausehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadike seluruh tubuh badan. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehinggasemua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahajamenjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantumenanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.

Petua 2
Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar.Then tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dankunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengansedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati danjuga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jikadiamalkan seminggu sekali.

7. Rambut Bersinar
Gunakan ajer daun teh yang telah digunakan (used tea leaves). Daun teh niblh membuatkan rambut kita segar, lembut dan bersinar-sinar. Caranya, basuh daun teh yang telah digunakan itu dengan air bersih. Thencampurkan daun teh tersebut ke dalam segelas air bersih. Tutup gelastersebut dan biarkannya semalaman. Keesokan harinya, tapis daun teh tersebut. Campurkan air daun teh yangtelah ditapis tadi dengan sesudu jus limau nipis / limau kasturi / lemon(ini lebih baik). Gunakan ramuan ini untuk membilas rambut setiap kalibersyampu. Insyaallah, rambut anda akan lebih cantik, lembut dan bersinarselepas beberapa kali menggunakan ramuan ini.
Satu lagi petua mudah adalah dengan menggunakan jus lemon /limau nipissebagai conditioner rambut. Sebiji ajer dh mencukupi untuk dijadikanconditioner rambut ni. Tapi campurkan dulu jus limau / lemon ni dengansecawan air suam, kemudian baru apply kat rambut sebagai conditioner.

8. Merawat Bibir Hitam
Bibir hitam kerana lipstik itu sendiri. Saya pun baru jer tahu hal ni. Ada satu petua untuk membeli lipstik supaya bibir tidak hitam selepasmenggunakannya. Menurut salah seorang rakan saya, lipstik yang menyebabkanbibir hitam mempunyai bau (wangi atau apa2 bau). Oleh sebab itu, sebelummemilih lipstik kesukaan anda, cium dahulu lipstik tersebut. Kalau adaapa-apa bau, maknanya jangan ler beli. Kalau tak ada apa-apa bau, maknanyaselamatlah lipstik tu. Saya pun sekarang dah tak pernah beli lipstik yangmempunyai apa2 bau.Tambah2 lagi yang berbau wangi seperti bau buahan2an tu,memang sure hitam bibir. Ok, berbalik kepada persoalan petua tadi. Antara petua yang saya dapatuntuk memerahkan kembali bibir anda yang telah hitam kesan penggunaanlipstik yang salah : i) Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian bilasdengan air. Kalau nak biarkan pun ok juga. Cuma mungkin kita akan rasakurang selesa atau mungkin juga bibir akan digigit semut nanti:
P ii) Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkanbibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibiranda.

9. Mengurangkan Rambut Gugur
Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudiancampurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih danjuga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blenderdan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukanramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena padaseluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandidan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalahkelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya,hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering.Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.

10. Rawatan Mata
BULATAN HITAM BAWAH MATA
Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagianmata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.
MATA SEMBAB Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentangsegar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mataselama beberapa minit.
KELETIHAN MATA Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang tehtadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannyake atas mata selama lebih kurang 15 minit. Selamat Mencuba.......

No comments: