Glitter Words
Showing posts with label Aktiviti PASTI. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti PASTI. Show all posts

Thursday, December 24, 2009

Hari Penyampaian Hadiah Az-Zahrah 4

Ni gambar2 semasa hari penyampaian hadiah dan sijil pada 15/11/09 (Ahad)lalu yang bertempat di dewan MBSA Padang Jawa.

bersama jemaah guru Az-Zahrah 4


bersama jemaah pengurusan Az-Zahrah 4


harith menerima hadiah untuk subjek tertinggi Matematik


harith menerima sijil 6 tahun


aku dan yati


persembahan dikir rambong


bergambar dulu sebelum buat persembahan

Saturday, December 5, 2009

Lawatan ke Zoo Negara & Desa Waterpark

Ni gambar2 masa Az-Zahrah 4 buat lawatan & rehlah ke Zoo Negara & Desa Waterpark pada 13/08/2009 bersamaan dgn hari Khamis..(dah lama peram sampai jadi pekasam)
Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dgn menaiki 2 bas persiaran. Sampai ke Zoo Negara dalam pukul 9 camtu...kul 1 pm lepas lunch nasi ayam, kitorang bertolak ke Desa Waterpark pulak. Seronok budak2 ni mandi..tak hingat nak balik, sampai kecut2 kulit dok berendam lama dlm air. Yang penting dorang enjoyyyyyy.





harith and the gang

muka2 kepenatan tapi ceria kalo nak bergambar


apa halnye ngan cekgu Safidah ni...sukanye diaaaa hehehe

Thursday, November 5, 2009

FIESTA SUKAN 2009

Sukan tahunan Az-Zahrah telah diadakan pada 5/4/09 yang lepas, bertempat di padang Dewan Merbau sek 17 Shah Alam. Berbagai acara disediakan untuk pelajar2 serta acara sampingan untuk ibubapa dan kanak2 7-12 thn. Tahun ni saya rumah jingga...last year rumah kuning.Penat badan tak terkira..sib baik esoknye cuti.


Harith dan rakan sekelas Baqer

anakku harith dan sepupunya amier

pasukan rumah jingga waktu berarak

acara bapak-bapak budak

acara kanak-kanak 10-12 thn


sambut...jangan tak sambut

Wednesday, November 4, 2009

Lawatan Sambil Belajar

Pada 30hb Mac 2009 pihak PASTI Shah Alam telah membuat sesi lawatan ke 2 PASTI iaitu PASTI Darul Ulum 5 dan PASTI kat Rantau Panjang (lupe namanye pulak). Kami ke sana menaiki bas yang disewa khas. Banyak ilmu dan kaedah pembelajaran yang kami boleh belajar khususnye dari PASTI Darul Ulum yang telah memenangi anugerah PASTI yang memenuhi kriteria 3K (kebersihan,keselamatan,kecerian)peringkat negeri Selangor err kalo tak silap ler..kalo silap I'm sorryyyyyyyy.








Sambutan Maulidur Rasul

Pada 9hb Mac 2009 telah diadakan sambutan Maulidur Rasul. Acara bermula dgn perarakan dari PASTI Az-Zahrah 1 ke Surau Nurul Iman Padang Jawa..acara seterusnya apa lagi..makan ler, seterusnya ceramah Maulidur Rasul.






Sambutan Hari Guru

Ni gambar2 masa dinner sambutan hari guru peringkat Shah Alam pada 24hb Mei rasanye (lupe ler pulak) bertempat di De Palma Inn Shah Alam.


lucky number hehehe




bergambar bersama pihak pengurusan PASTI Az-Zahrah 4

jemaah guru PASTI Az-Zahrah 4

Tuesday, October 28, 2008

Jamuan hari raya MGP Shah Alam - 25hb Oct 2008

Pada hari sabtu 25hb Oct,9.00 pagi, bertempat di PASTI AzZahrah 2, telah diadakan jamuan raya untuk guru2 kawasan shah alam.
Sebelum tu pukul 5.15 pagi aku dah bangun untuk mengukus pulut dan memasak sambal tumis untuk jamuan tersebut.



bergambar kenangan bersama guru2 Pasti kaw.Shah Alam yang hadir

ni lah muka guru2 PASTI AzZahrah 4

Rumah Terbuka PASTI AzZahrah 4 - 18hb Oct 2008

Pada hari Sabtu 18hb Oct bertempat di Pasti AzZahrah 4 telah diadakan jamuan hari raya terbuka untuk murid dan ibu bapa beserta jemaah surau.
Jamuan bermula pukul 2.30 ptg..tapi aku dan guru2 yang lain bertungkus lumus menyiapkan kerja2 memasak seawal 8.30 pagi dibantu oleh jiran2 sekitar.
Ni antara gambar2 yang sempat di ambil.


antara para tetamu yang hadir

Pengurus PASTI AzZahrah 4, Tn.Hj Hisham memberikan ucapan

Ni pulak Tok Ketua Kg Pdg Jawa Petaling yg baru, Tn.Hj.Abd Aziz memberikan ucapan


para pelajar segak dan anggun berbaju bertemakan busana muslim



ni gambar snap guna henpon masa rewang pagi tu