Glitter Words

Saturday, June 7, 2008

TANDA-TANDA ATAU GEJALA DENGGI

1. Demam Denggi Klasikal
Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pengidap tersebut. Pada bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. bagi orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke3-4. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati.

Penemuan makmal: Jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

2. Demam Denggi Berdarah
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah.

Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2-4cm di bawah tulang rusuk kanan.

Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai 'Dengue Shock Syndrome'(DSS).

Penemuan makmal: Thrombositopenia yang disertai dengan hemokonsentrasi yang ditunjukkan oleh peningkatan nilai hematokrit


RAWATAN

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.

1. Rawatan Demam Denggi Klasikal
Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu:

a. mengurangkan demam(suhu badan)

b. mengelakkan dari perdarahan berlaku

2. Rawatan Demam Denggi Berdarah
a. Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.

b. Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.

c. Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke3 hingga hari ke7.

d. Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma.

2 comments:

syahfahmi said...

terimakasih untuk info denggi itu. sy dh masuk hari ke7 mengidap denggi. tapi tak sure peringkat yg mcm mne, sbb pergi ke hospital kerajaan dy'all periksa dara, hari fst day okey, mcm tu jugak dgn hari ketiga bacaan dara sy baik. cuma gejala2 pada info yg awak cerita kan tu mmg sngt ketara pada sy... sering sesak nafas tak tentuarah.

alia said...

ty for u...sya xtau lg sya blum pgi hospital ...tapi saya raya dada sya skit susah nak benafas dan ada ruam skit kpala sya pening kaki saya sejuk